Tips Untuk Pastikan EBM Cukup Untuk Bayi Sehingga 2 Tahun

Pengalaman ini adalah pengalaman saya sendiri. Bagaimana saya tekad untuk susukan anak kedua saya secara eksklusif sehingga usianya dua tahun walaupon saya bekerja. Semasa anak pertama saya gagal namun ianya tidak mematahkan semangat saya, malah saya belajar dari kesilapan yang lalu.

Saya percaya ramai ibu-ibu yang bekerja di luar sana yang mempunyai impian yang sama seperti saya. Saya tidak nafikan ianya memang mencabar dan memerlukan semangat yang tinggi. Saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya supaya ianya boleh menjadi panduan kepada ibu-ibu lain di luar sana yang sedang berusaha dengan gigih.

(more…)

7 Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Umum mengetahui yang masalah kesuburan bukan hanya di alami oleh wanita sahaja, malah lelaki juga berpontensi untuk menghadapi masalah yang sama. Berita baiknya, kebanyakkan kes ketidak suburan lelaki boleh di atasi dengan merawat masalah atau menjalani rawatan kesuburan.

Mari kita lihat jenis-jenis masalah kesuburan lelaki dan tips untuk meningkatkan kesuburan lelaki supaya masalah ini tidak lagi membelenggu hidup anda dan pasangan.

(more…)

7 Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan Secara Semulajadi

Kesuburan di takrifkan sebagai kapasiti semulajadi untuk mendapatkan zuriat. Walau bagaimanapon, bukan semua orang mendapat nikmat kesuburan. Lebih kurang 11% pasangan akan menghadapi masalah kesuburan atau ke tidaksuburan iaitu tidak dapat mengandung secara semulajadi selepas setahun melakukan hubungan intim tanpa merancang keluarga.

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan kesuburan iaitu dengan meningkatkan potensi untuk mendapatkan anak melalui sesuatu yang luar biasa dan mengurangkan risiko ketidaksuburan. Lebih banyak yang kita tahu adalah lebih baik.

Persoalannya ialah, bagaimana?

(more…)

Cara Menjaga Luka Pembedahan Agar Tidak Berlaku ‘Adhesion’

Pernahkah anda dengar tentang adhesion atau organ yang melekat? Kes ini kebiasaanya terjadi selepas seseorang itu menjalani procedure pembedahan organ tidak kira sama ada pembedahan untuk bersalin iaitu Caesarean atau pon pembedahan untuk masalah apendiks dan lain-lain.

Adhesion adalah lingkaran parut-parut tisu yang tidak normal yang menghubungkan organ-organ atau bahagian organ yang sepatutnya tidak bersambung bersama. Bagaimanakah ianya terjadi? Adakah ianya berbahaya?

(more…)

9 Simptom Dan Risiko Penyebab Endometriosis Yang Perlu Di Ambil Tahu

Endometriosis adalah suatu keadaan di mana tisu yang di gelar endometrium tumbuh di kawasan luar rahim. Dalam keadaan yang normal tisu endometrium ini melitupi bahagian dalam uterus atau rahim kita. Namun dalam keadaan luar biasa, tisu ini tumbuh di kawasan luar rahim juga di bahagian organ-organ pembiakan seperti ovari dan tiub fallopian. Dalam kes terpencil ia juga boleh tumbuh pada bahagian usus kecil , dubur atau pundi kencing.

Semasa kedatangan haid, lapisan yang berada di dalam uterus ini akan dikeluarkan melalui faraj sebagai darah haid. Tetapi darah daripada tisu endometrium yang tumbuh di kawasan luar rahim tidak mempunyai tempat untuk keluar. Akibatnya, lama kelamaan ia akan terus menebal, membentuk cyst, scar tissue dan adhesion yang boleh mengganggu kesuburan.

Sesetengah wanita yang mengalami masalah ini tidak merasai sebarang ketidakselesaan. Jika ada mungkin sedikit. Namun sesetengah yang lain akan mengalami kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa berlakunya kitaran haid. Apakah simptom-simptom tersebut?

(more…)

Atasi Masalah Senggugut Teruk Agar Tidak Berulang

Masalah senggugut dengan kaum hawa memang tidak dapat di pisahkan. Lebih-lebih lagi remaja. Lebih kurang 80-90% remaja akan mengalami masalah senggugut bermula dari sebelum datang haid hinggalah selepas dua hari kedatangan haid.

Ada yang senggugut teruk sehinggakan tidak mampu melakukan rutin harian. Ada juga yang mengalami senggugut ringan. Oleh itu sangat penting untuk kita ketahui jenis-jenis senggugut yang kita alami. Ini supaya kita boleh mendapatkan rawatan doktor dan juga mencari cara untuk mengatasinya supaya tidak berulang lagi.

(more…)

Youth Shaklee: Produk Penjagaan Kulit Jaminan 100% Berkesan

Adakah anda pernah menjadi mangsa kepada skincare murah, skincare timbang kilo, skincare yang menjanjikan putih sekelip mata yang akhirnya memakan diri sendiri?

Adakah anda sedang mencari product penjagaan kulit yang boleh memberi jaminan 100% berkesan dan selamat kepada anda?

Adakah anda sedang mencari skincare yang boleh membantu memperbaiki kulit anda akibat dari penggunaan skincare murahan dan pelbagai lagi masalah kulit yg di hadapi seperti jerawat, jeragat, kedutan, garis halus, eye bags, bekas jerawat lama, kulit kering, kulit berminyak, whiteheads, blackheads dan banyak lagi?

Jika ya, Youth skincare shaklee lah yang anda cari dan wajib mencubanya. Kenapa Youth Skincare Shaklee?

(more…)

Testimonial Youth Shaklee Yang Mengujakan

Setelah hampir sebulan Shaklee melancarkan Youth skincare, kini semakin ramai yang dah mula merasai kesan positif dari penggunaan Youth skincare secara konsisten.

Tapi sukacita saya ingin ingatkan kepada semua, mereka bukan hanya menjaga kecantikan luaran malah mereka juga merawat kulit mereka dari dalam dengan mengamalkan supplement shaklee yang baik untuk kulit.

Bagaimana nak merawat kulit dari dalam?

(more…)

Punca Jeragat Ketika Hamil Dan Cara Mengatasinya

Ramai di kalangan kita ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat ketika hamil atau lebih di kenali sebagai melasma. Ianya terbentuk ketika hamil dan kebanyakannya tetap ada walaupon setelah bersalin. Paling mengerikan ianya teramatlah sukar untuk di hilangkan. Namun ada juga yang mengalaminya selepas melahirkan bayi.

Berbeza dengan jeragat biasa, melasma berbentuk seperti tompokan besar dengan warna coklat yang jelas ketara berbanding warna asal kulit wajah kita. Ia sering terjadi pada bahagian dahi, pipi, dagu dan atas bibir.

Tahukah anda bagaimana ianya terjadi? Adakah cara untuk mengatasinya?

(more…)

Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan

Masalah jeragat pada muka terjadi apabila kulit wajah kita sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari atau UV. Terdapat dua jenis sinaran UV yang asas iaitu UV-A dan UV-B.

UV -A boleh menembusi hingga ke dalam lapisan dermis kulit kita. Ia mampu merosakkan fungsi kolagen hingga menyebabkan berlakunya penuaan sebelum waktunya seperti kulit berkedut dan kusam.

Manakala UV-B pula boleh menembusi lapisan paling atas kulit kita iaitu epidermis. Kulit yang terdedah kepada UV-B terlalu lama akan mengaktifkan sel melanocytes untuk meningkatkan pengeluaran melanin.

Melanin merupakan pigment yang memberi warna gelap pada kulit. Apabila melanin semakin banyak terhasil, lama kelamaan warna gelap pada kulit ini akan kelihatan semakin jelas maka terbentuklah jeragat.

(more…)

1 2 3 7