October 2015 archive

Atasi Masalah Ulser Mulut Dari Berulang

Kalau kena ulser mulut memang azab. Nak-nak kalau kena lebih dari satu kat dalam mulut dan bibir. Memang seksa nak makan. Walaupun kita tengah lapar dan depan mata ada makanan yang best-best pun boleh hilang selera di sebabkan ulser mulut. Mana tak nya baru nak telan makanan dah terkena pada ulser. Makk aiii pedihnya bukan main lagi. Nak bercakap pun sakit. Last-last dari banyak cakap tetiba je jadi pendiam. Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa ada orang yang sangat jarang kena ulser dan ada orang memang kerap kena ulser. Dah la kerap banyak pulak tu sekali tumbuh.

(more…)

Atasi Masalah Mengantuk Tanpa Pengambilan Kafein

Mengantuk merupakan perkara biasa bagi manusia yang normal. Namun begitu, jika terlalu kerap mengantuk terutama pada waktu yang tidak sepatutnya, ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Sebagai contoh, statistik kemalangan di Malaysia menunjukkan antara faktor utama yang menyebabkan kemalangan jalanraya adalah mengantuk atau tertidur ketika memandu. Selain itu, mengantuk juga boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti hilangnya tumpuan di dalam kelas bagi pelajar, kurangnya komunikasi antara suami dan isteri bagi yang sudah berkahwin dan hilangnya tumpuan di tempat kerja hingga menyebabkan kelalaian. Percaya atau tidak majoriti antara kita akan memilih minuman berkafein untuk atasi masalah ini. Tahukah anda pengambilan kafein yang kerap dan berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan kita? Adakah pengambilan kafein merupakan penyelesaian yang terbaik?

(more…)

Tips Atasi Masalah Anak Sembelit

Sembelit di kalangan anak-anak kecil seringkali terjadi terutama kepada anak-anak kecil yang mengambil susu formula. Begitu juga saya, tidak terlepas dari merasa pengalaman tersebut dengan Si kecil saya Muhammad Ammar Rayyan yang berusia setahun setengah.

Menurut kajian, susu formula sukar untuk di hadamkan dan di serap ke dalam usus berbanding susu ibu yang mudah di hadam dan mudah untuk di serap oleh usus anak-anak kecil. Sungguh bertuah kepada ibu-ibu yang dapat menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun.

(more…)

Masalah Kedatangan Haid Lebih Singkat Dari Kebiasaan

Kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza. Ada sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang lebih panjang dan ada yang lebih singkat.

Begitu juga dengan kedatangan haid. Kebanyakan wanita mengalami haid antara lima ke tujuh hari, dengan kitaran haid berlaku setiap 28 hari atau lebih.

Walau bagaimanapun, terdapat wanita yang mengalami haid dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua ke tiga hari. Adakah keadaan ini normal? Perlukah wanita berasa bimbang tentang ini?

(more…)