November 2015 archive

Tips Untuk Atasi Demam Denggi

Sejak kebelakangan ini saya sering terbaca status rakan-rakan di facebook saya tentang kehilangan sahabat mereka secara mengejut akibat demam denggi. Bayangkanlah jika kita berada di tempat keluarga mereka yang kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba tanpa di duga. Begitulah bertapa bahayanya demam denggi sehingga boleh membawa maut hanya dalam beberapa hari sahaja. Namun masih ramai di kalangan kita yang tidak mengambil iktibar dan memandang remeh tentang langkah pencegahannya. Ketahui tips untuk atasi demam denggi.

(more…)

Tips Untuk Menghilangkan Kesan Parut

Kulit adalah organ yang cantik, licin dan lembut ciptaannya ibarat kain yang melindungi aset yang berharga. Bayangkan sutera. Hanya secalit koyak kecil sudah cukup untuk memberikan perbezaan terhadap penampilannya. Begitu juga dengan kulit kita. Penyakit seperti kayap, chicken pox, kesan gigitan nyamuk, jerawat dan strechmark selepas hamil semuanya meninggalkan kesan parut.

Parut tersebut tidak menjadi masalah sekiranya ia berada pada bahagian yang boleh di sorok. Tetapi apabila ia berada di tempat yang tidak boleh di sorok seperti muka, secara tidak langsung ia akan mengubah penampilan kita dan memberikan kesan psikologi seperti rasa rendah diri. Teruskan membaca untuk mengetahui tips untuk menghilangkan kesan parut secara semulajadi.

 

(more…)

Vivix Shaklee: Menghalang & Mencegah Kanser

Sebut sahaja kanser tentu kita berasa gerun. Baca info tentangnya sahaja dah cukup buat kita berasa takut dan risau. Mana tidaknya, kanser atau barah adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh manusia pada abad ini. Penawarnya masih belum di temui. Apa yang mampu dilakukan ialah mengesannya dari awal. Tetapi biasanya apabila sudah di kesan ianya sudah terlambat. Rawatan yang di berikan adalah membuang bahagian yang ada tumor kanser dan kemoterapi atau radioterapi untuk memusnahan sel-sel kanser dari terus merebak ke bahagian lain. Namun, benarkah Vivix Shaklee mampu menghalang dan mencegah kanser. Teruskan membaca untuk mengetahui keistimewaan Vivix Shaklee.

(more…)

Tips Untuk Mengurangkan Risiko Serangan Strok

Strok atau angin ahmar berlaku apabila bekalan darah ke otak kita terganggu mungkin di sebabkan oleh salur darah tersumbat atau salur darah pada otak kita pecah. Ini menyebabkan otak kita tidak menerima oksigen dan nutrien yang di perlukan hingga mengakibatkan sel-sel otak mula mati dalam beberapa minit. Seseorang yang di serang strok perlu mendapatkan rawatan segera. Ini penting kerana tindakan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan komplikasi yang mungkin berlaku. Menurut laman web Mayo Clinic, strok bole di rawat dan di cegah. Ini di buktikan apabila semakin ramai rakyat Amerika yang sembuh dari strok berbanding 15 tahun yang lalu.

(more…)

Atasi Masalah Selsema Yang Berterusan

Hidung tersumbat, tekak terasa perit dan pening kepala adalah tanda-tanda awal menunjukkan kita di jangkiti selsema atau mungkin virus Influenza A. Kedua-duanya menunjukkan simptom yang hampir sama apabila seseorang itu mula di jangkiti pada peringkat awal. Bagaimana untuk membezakan antara selsema biasa dan Influenza A? Berikut adalah beberapa garis panduan asas mengenai bagaimana untuk membezakan antara gejala selsema biasa dan Influenza A, dan apa yang perlu dilakukan jika kita mempunyai salah satu dari jangkitan ini.

(more…)

8 Cara Makanan Yang Di Proses Membahayakan Kesihatan Kita

Makanan yang di proses adalah makanan yang telah di ubah keadaan semula jadinya secara kimia dengan menggunakan bahan-bahan tiruan untuk tujuan kemudahan. Ini bermakna kita mungkin makan lebih banyak makanan yang di proses tanpa kita sedari. Kebiasaannya makanan yang telah di proses mengandungi tambahan garam, gula dan lemak. Sebab itulah salah satu kelebihan memasak makanan di rumah ialah kita tahu bahan-bahan yang di gunakan dalam masakan tersebut termasuklah jumlah garam dan gula yang di masukkan. Walau bagaimanapun, adakalanya makanan yang di masak sendiri juga menggunakan bahan-bahan yang telah di proses. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana makanan yang di proses membahayakan kesihatan kita.

(more…)

Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin

Masalah sembelit selepas melahirkan anak adalah perkara biasa yang di alami oleh ramai wanita walaupun tidak mengalaminya semasa mengandung. Statistik menunjukkan kira-kira 20% daripada ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan anak. Ibu-ibu yang melahirkan anak di hospital secara psikologinya berasa tidak selesa untuk menggunakan tandas hospital. Tambahan pula, jahitan dan lebam yang di sebabkan oleh kelahiran bayi membuatkan ibu-ibu berasa bimbang untuk ke tandas bagi membuang air kecil mahupun besar. Ibu-ibu yang mengalami sembelit akan mula berasa tidak selesa beberapa hari selepas melahirkan anak. Masalah ini perlu di atasi segera agar ibu-ibu tidak mengalami masalah lain seperti buasir.

(more…)

Atasi Masalah Nafas Dan Mulut Berbau

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Kebiasaanya nafas berbau ini berlaku selepas kita bangun dari tidur. Tetapi jika setelah memberus gigi nafas masih tetap berbau sepanjang masa ini menandakan seseorang itu menghadapi masalah nafas berbau. Bagi seseorang yang menghadapi masalah ini ia mungkin agak memalukan. Untuk menegur kawan mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Lebih-lebih lagi kawan baik. Sesetengah orang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi mungkin akan berasa malu hingga menyebabkan hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari masyarakat. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.

(more…)

Tips Atasi Masalah Asma Atau Lelah Secara Semulajadi

Asma atau lelah adalah sejenis penyakit yang melibatkan masalah saluran pernafasan. Ramai antara kita yang mengidap asma tidak kira perempuan atau lelaki, kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak boleh di pandang remeh kerana ia boleh membawa maut. Masihkah anda ingat dengan pelawak terkenal Allahyarham Harun Salim Bachik yang tiba-tiba rebah ketika berhenti di kawasan Rehat & Rawat akibat sesak nafas. Beliau dikatakan mengidap penyakit lelah yang kronik.  Article kali ini kita akan bincangkan tips untuk atasi masalah lelah.

(more…)

Tips Untuk Luka Pembedahan Caesarean Cepat Sembuh.

Bersalin secara pembedahan Caesarean bukanlah satu perkara yang luar biasa pada masa kini. Ini kerana bukan semua wanita di dunia ini yang bakal bergelar ibu di beri peluang oleh-Nya untuk melahirkan anak secara normal. Setiap ibu yang bakal melahirkan anak pasti berdepan dengan pelbagai risiko atau masalah hingga menyebabkan mereka terpaksa memilih untuk bersalin secara Caesarean. Sama ada bersalin secara normal mahupun Caesarean, mereka tetap mempertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat mereka ke dunia ini.

(more…)

1 2