December 2016 archive

Petua Murah Rezeki

Alkisahnya bermula masa bulan June tahun ni. Masa tu Alhamdulillah dapat rezeki lebih. Bonus tahunan company bayar.

Saya pon amek sikit portion dari duit bonus tu untuk di jadikan modal untuk buat ready stock shaklee. Maklum lah kat Kuantan ni takde branch shaklee.

Saya pon beli la serba satu produk shaklee yang biasa dapat demand yg tinggi termasuk lah si Nutriferon ni.

Nak di jadikan cerita, product lain semua habis di jual kecuali si Nutriferon ni. Husband pulak dari awal beli lagi dia dah bising cakap nape beli si nutriferon dah tau permintaan kurang.

Tapi saya buat rilek je. Saya tak putus asa. Saya share kebaikkan si Nutriferon ni kat facebook – facebook group Kuantan yg ada. Sampai lah masuk bulan Nov takde jugak orang request nak beli si Nutriferon ni.

DOA YANG SPESIFIK

Setelah semua usaha yang saya buat tapi masih belum membuahkan hasil akhirnya saya berbalik kepada Dia yang memberi rezeki. Saya teringat kata-kata upline saya. Doa secara spesifik dan minta apa yg kita nak dengan bersungguh-sungguh.

Sejak tu, setiap kali lepas solat saya akan berdoa “Ya Allah, berilah aku dapat jual stock nutiferon ku dalam bulan ini..datangkan lah customer yang betul-betul memerlukan Nutriferon ku dan mampu untuk beli Nutriferon ku..”

Saya doa dan terus doa macam tu setiap hari sehinggalah Sabtu baru-baru ni, 10 Dec, tengah duduk-duduk melayan anak-anak, tiba-tiba hp berbunyi. Ada customer tanya set utk suaminya yang terkena chicken pox.

Saya pon sms kat customer ni total harga kesemua set untuk chicken pox dewasa termasuk si Nutriferon ni. Lepas tu terus senyap je. Tiada respon. Saya pon buat rilek je dan anggap mungkin belum rezeki saya lagi. Tapi dalam hati tetap berdoa agar customer ni akan contact semula untuk beli. Siap call mak lagi minta tolong doakan sekali.

Petang keesokkannya, kami keluar nak shopping barang-barang dapur kat Tunas Manja dalam taman kitorang ni je..tiba-tiba hp berbunyi..sape pulak ni..maklumlah tak save pon number customer semalam. Rupa-rupanya customer semalam telefon semula. Katanya saya jadi nak beli shaklee. Saya nak beli Nutriferon & Garlic je dulu. Yang lain-lain saya beli kemudian.

Begitulah kisah saya dengan si Nutriferon ni. Setelah dua bulan saya doa secara spesifik, minta dengan Allah akhir nya tanggal 11 Dec 2016 Allah makbulkan doa saya. Maka terjual lah si Nutriferon saya yang bertuah tu setelah 6 bulan berada dalam stock saya.

Kesimpulannya, jangan malu untuk minta dengan Allah, doa secara spesifik ape yg kita nak. Jangan putus asa. Sertai dengan usaha yg setimpal. Insyaallah Allah Maha Mendengar.

Bagi anda yang ingin menceburi bisnes Shaklee. Usah takut untuk mencuba. Kita belajar dan berusaha. Selebihnya tawakkal kepada Allah. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda untuk memulakan bisnes shaklee anda.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Shaklee ID: 960126

FB:Sulhana Shuhaimi

IG: Sulhana_sue

 

Perlu Ke Kita Ambil Vitamin?

Sayur Favourite Vs. Vitamin Favourite

Siapa suka makan sayur pucuk ubi? Sayur pucuk ubi memang feveret saya sejak kecil. Kalau mak masak menu pucuk ubi masak lemak memang sampai meratah lah sayur tu alamatnya. Memang minat sangat. Kalau rebus macam tu je pon saya suka.

(more…)