5 Kelebihan Menggunakan Set Skincare Semulajadi 100% Bebas Kimia

Macam-macam jenis skincare ada di tawarkan dalam pasaran Malaysia sekarang. Ada yang menawarkan kesan putih yang cepat, kesan jerawat hilang sekelip mata, kesan jeragat yang lenyap tiba-tiba, parut yang pulih sepantas kilat dan macam-macam lagi lah.

Tapi tahukah anda berapa banyak kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya sehingga boleh memberi kesan sedemikian rupa? Bagi saya yang mempunyai kulit sensitif memang sangat takut untuk menggunakan skincare yang sebarangan. Saya lebih tertarik kepada penggunaan skincare semulajadi 100% bebas kimia.

Bagaimana untuk memastikan skincare yang kita guna betul-betul selamat, semulajadi dan dalam masa yang sama berkesan?

Kulit merupakan organ yang terbesar pada tubuh kita. Bayangkan setiap hari kulit kita terdedah kepada bahaya akibat pencemaran dan toksin. Lebih teruk lagi, apabila skincare yang kita gunakan dengan harapan dapat melindungi kulit kita tapi sebenarnya mendatangkan bahaya berbanding kebaikan. Di sinilah skincare semulajadi memainkan peranannya.

5 Kelebihan Menggunakan Set Skincare Semulajadi 100% Bebas Kimia

1) Tiada Kerengsaan Pada Kulit

Produk penjagaan kulit semulajadi adalah lebih lembut pada kulit apabila di sapu dan di gunakan. Perbezaannya dapat di rasai dari saat kita menyapukan dan membelainya pada kulit. Ianya berkesan pada kulit tanpa memberi kesan sampingan yang mana bukankah itu yang kita inginkan dan kita sanggup berbelanja untuknya?

2) Tiada Wangian Toksik

Jangan tidak tahu, selain dari warna sintetik dan bahan kimia menghakis, product penjagaan kulit masa kini juga menggunakan wangian tiruan. Sebab itulah ada sesetengah di antara kita yang akan mengalami reaksi negatif seperti migrain, alergi, masalah sinus dan loya kesan daripada wangian tiruan ini. Berbeza dengan skincare organik atau semulajadi, ia tidak mengandungi wangian tiruan dan wangiannya juga kurang dan lebih kepada wangian dari sumber alam semulajadi.

3) Tiada Kesan Sampingan Kepada Dalaman Tubuh

Bahan kimia berlebihan dalam skincare yang banyak terdapat di pasaran pada masa kini mampu menyerang aliran darah di dalam tubuh kita. Dengan kesemua bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalamnya, ia tidak memerlukan saintis angkasawan sekalipon untuk membuktikan dan menyedari akan potensi ancaman yang ia akan timbulkan kepada organ dalaman kita. Jika tidak, masakan ada orang yang terkena keracunan merkuri.

Berbeza dengan skincare organik, ia mengandungi bahan semulajadi sahaja dan tiada kesan sampingan yang timbul daripada penggunaannya.

4) Kelihatan Lebih Muda

Kini kita tidak perlu lagi mencari ‘fountain of youth’ memandangkan ianya telah terhidang di depan mata. Produk penjagaan kulit semulajadi boleh menyembuhkan dan memulihkan sel-sel kulit yang rosak.

Ini secara tidak langsung boleh menghalang jerawat, hyperpigmentasi, garis halus, kedutan dan mengembalikan keanjalan yang disebabkan oleh penggunaan skincare yang mengandungi bahan kimia. Bukankah kita mahukan kulit yang kelihatan lebih sihat dan lebih muda?

5) Mesra Alam

Set penjagaan kulit masa kini, menggunakan bahan kimia dan toksin yang turut berbahaya kepada alam sekitar. Kelebihan menggunakan set penjagaan kulit organik adalah kita tidak menjadi penyumbang kepada kerosakan alam. Secara tak langsung kita telah menjadi penyumbang kepada penjagaan alam sekitar.

Set Skincare Semulajadi 100% Bebas Kimia Dengan 8 Tahun Kajian

Bermula February tahun 2018 Shaklee telah membuka sejarah dengan melancarkan product penjagaan kulit terbarunya iaitu Youth Skincare. Youth skincare yang telah menjalani kajian selama 8 tahun, kini menjadi sebutan dan rebutan ramai kerana ia mampu mengembalikan keserian wajah anda sedekad lebih muda.

Keunikan Youth Skincare Shaklee

Keunikan Youth skincare shaklee berbanding yang lain ialah:

  1. Bebas dari 2500 bahan kimia yang sering terdapat di dalam product kecantikan.
  2. Bebas dari 1500 bahan tercemar seperti racun serangga dan sebagainya.
  3. 100% dari tumbuhan semulajadi. Tiada campuran haiwan.
  4. Ramuannya di tanam secara organik.
  5. Di uji secara klinikal dan terbukti berkesan.

Kandungan Youth Skincare Shaklee.

Set Asas Youth Skincare Shaklee

Langkah 1: Gel Pencuci Muka (Luminous Gel Oil Cleanser)

Ianya adalah pencuci muka berasaskan gel minyak. Tekstur gel nya menjadikan ianya lembut untuk menggosok, membersihkan dan menyediakan kulit muka dengan campuran vitamin dan polyphenol yang telah di patenkan. Ia juga di formulasikan oleh alga yang berfungsi menyingkirkan sel-sel kulit mati secara lembut dalam menyeimbangkan pH kulit.

Langkah 2: Penyegar Kulit (Skin Toner)

Toner membantu menanggalkan sel-sel kulit kusam dan kotoran dari pencemaran yang kita terdedah setiap hari. Ia juga berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati untuk kulit kelihatan lebih cerah, lebih cerah berseri dan menjadikan kulit muka lembap dan sihat

Langkah 3: Serum (Youth Activating Serum)

Serum penting dalam menyokong penghasilan kolagen dalam kulit serta memperbaharui sel-sel kulit mati.

Langkah 4: Pelembap (Moisturizer)

Terdapat dua pelembap yang di gunakan. Pada waktu siang ialah Age Defense Mineral Moisturizer dengan SPF 50. Ia adalah zinc oksida yang di dapati secara semulajadi, bebas bahan kimia, memberi perlindungan dengan SPF 50 untuk melindungi kulit muka dari kesan cahaya matahari. Ia juga menyediakan perlindungan terhadap radikal bebas dan pencemaran udara. Kombinasi vitamin dan mineral dalam pelembap ini mengukuhkan keseluruhan tona kulit muka.

Advanced Renewal Night Cream adalah pelembap untuk sebelah malam. Ianya berfungsi untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin. Kulit akan terasa lembut bak sutera.

Testimonial Dari Pengguna Youth Skincare Shaklee

Youth boleh di gunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira lelaki atau perempuan. Lagi testimonial Youth, klik sini.

Gambar kiri: sebelum. Gambar kanan: selepas

Master Nor Adilah, 30an

Masalah kulit yang di hadapi: kulit berjerawat, bekas jerawat, whiteheads, blackheads, tona kulit tak sekata.

Kesan selepas menggunakan set Youth Shaklee: selepas 3 hari kulit kelihatan berseri, selepas 7 hari blackheads dan whiteheads mula hilang, selepas 27 hari kesan jerawat semakin pudar.

Gambat kiri: sebelum Gambar kanan: selepas

Master Rozyta, 50an

Masalah kulit yang di hadapi: kedutan di muka terutama pada bahagian mata serta jeragat degil.

Kesan selepas menggunakan set Youth Shaklee: setelah hampir sebulan kedutan di bawah mata semakin kurang, jeragat degil semakin pudar dan kulit semakin berseri dan cerah.

Gambar kiri: sebelum Gambar kanan: selepas

Ng Hooi Hooi, 50an

Masalah kulit yang di hadapi: mengalami jeragat degil di pipi selama 20 tahun, lebam di bawah mata, kulit tidak bermaya dan di mamah usia.

Kesan selepas menggunakan set Youth Shaklee: setelah hampir sebulan jeragat degil semakin pudar, kesan lebam di bawah mata semakin kurang, kini kulit muka kelihatan lebih berseri dan muda berbanding sebelumnya.

Kini kita telah aware tentang kelebihan menggunakan skincare organik dan apa yang ia tawarkan kepada kulit kita dan alam sekitar. Ia menjadikan kita sukar untuk kembali kepada product penjagaan kulit yang mengandungi toksin dan bahan kimia berbahaya. Jangan biarkan kilauan iklan skincare berbahaya memperalatkan kita kerana ianya lebih memudaratkan berbanding membantu.

Hubungi saya segera untuk dapatkan Skincare Youth Shaklee anda sekarang. Kini peluang untuk kelihatan muda sentiasa terhidang di depan mata malah telah di buktikan secara klinikal yang ianya 100% semulajadi, selamat dan berkesan.

Ingin menjadi pengedar Youth Skincare Shaklee untuk jana pendapatan sampingan. Jom sertai saya dengan mendaftar sebagai ahli shaklee dengan group bisnes di bawah naungan saya.

Disclaimer:

*Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge