7 Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan Secara Semulajadi

Kesuburan di takrifkan sebagai kapasiti semulajadi untuk mendapatkan zuriat. Walau bagaimanapon, bukan semua orang mendapat nikmat kesuburan. Lebih kurang 11% pasangan akan menghadapi masalah kesuburan atau ke tidaksuburan iaitu tidak dapat mengandung secara semulajadi selepas setahun melakukan hubungan intim tanpa merancang keluarga.

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan kesuburan iaitu dengan meningkatkan potensi untuk mendapatkan anak melalui sesuatu yang luar biasa dan mengurangkan risiko ketidaksuburan. Lebih banyak yang kita tahu adalah lebih baik.

Persoalannya ialah, bagaimana?

Apakah Yang Di Perlukan Untuk Mengandung?

Kesuburan bukanlah isu kesihatan yang melibatkan wanita sahaja. Kedua-dua pasangan perlu melakukan langkah untuk meningkatkan kesuburan bersama-sama kerana lelaki dan wanita boleh mengalami masalah kesuburan.

Sebelum itu, sebagai asas kepada kesuburan, mari kita lihat secara ringkas apa yang perlu berlaku untuk pasangan itu boleh mendapat zuriat secara semulajadi.

1. Sistem peranakan wanita mesti menghasilkan hormon yang akan menghasilkan pengovulan. Pengovulan berlaku apabila telur di lepaskan dari salah satu ovari. Ia berlaku sekali dalam sebulan ketika waktu subur wanita.

2. Sistem peranakan lelaki mesti menghasilkan sel sperma di dalam testis. Selepas baligh, sel sperma yang baru akan terhasil setiap hari.

3. Pasangan mestilah melakukan hubungan intim (atau sekurang-kurangnya, air mani mesti bersentuhan dengan kawasan vagina wanita) semasa 5-6 hari pengovulan.

4. Semasa ejakulasi, sel sperma di dalam ‘vas deferens’ bercampur bersama dengan air mani yang di hasilkan di dalam prostat dan ‘seminal vesicles’. (Testis lelaki menghasilkan sel sperma dan kemudian sel tersebut di simpan di dalam ‘vas deferens’). Campuran sperma dan cecair ini di paksa keluar melalui penis lelaki melalui pengecutan otot.

5. Selepas hubungan intim, air mani berkumpul di kawasan serviks. Kemudian, sperma mesti berenang keluar daripada air mani dan menuju ke mukus serviks wanita.

6. Sperma harus berenang melalui bukaan serviks masuk ke uterus. Dari uterus, sperma terus berenang menuju tiub fallopio.

Sperm berenang menuju ke ovum dari uterus ke tiub fallopio

7. Sperma yang paling kuat dan paling sihat (total % adalah sangat sikit) akan berlegar-legar di tiub fallopio sehingga telur datang bersama.

8. Selepas telur di lepaskan dari salah satu ovari, secara perlahan-lahan ianya akan pergi ke tiub fallopio.

9. Dalam tiub fallopio, satu daripada sel sperma yang menanti akan menyelinap masuk dirinya ke dalam telur. Inilah saat persenyawaan.

Sperma perlu melepasi 3 lapisan sebelum dapat menyelinap masuk ke dalam ovum

10. Selepas pengovulan, sistem peranakan wanita melepaskan satu hormon yang baru yang membina endometrium atau dinding uterus.

11. Telur yang telah di senyawakan (embrio) akan melalui siri pembahagian sel.

12. Apabila ini terjadi, embrio itu menyambung perjalanan turun dari tiub fallopio ke dalam uterus.

13. Apabila embrio tiba di uterus, ia akan mula menempelkan dirinya pada dinding uterus atau endometrium. Ini berlaku lebih kurang 4-10 hari selepas persenyawaan.

14. Selepas penempelan berlaku, embrio menghasilkan kedua-dua sel fetus dan sel plasenta. Hormon human chorionic gonadotropin (hCG) atau hormon mengandung akan mula di hasilkan.

15. Lebih kurang seminggu kemudian, atau lebih kurang 14 hari selepas pengovulan, sudah cukup kitaran hCG untuk memberikan keputusan yang positif terhadap ujian kehamilan.

Double line menunjukkan positif mengandung.

Kesemua di atas perlu berlaku untuk seseorang wanita itu hamil. Walau bagaimanapon, bagi yang mengalami masalah kesuburan, salah satu dari kejadian di atas mungkin tidak berlaku dan menjadi punca kepada masalah untuk mendapatkan zuriat. Oleh itu, rawatan kesuburan, pembedahan atau perubahan gaya hidup mungkin boleh membantu.

7 Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan Secara Semulajadi

Kajian menemui, rutin gaya hidup yang sihat boleh membantu meningkatkan kesuburan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko ketidak suburan. Melakukan perubahan gaya hidup mungkin atau mungkin tidak memberi kesan sebenar kepada ketidak suburan dan ianya tidak boleh di anggap sama efektif seperti rawatan kesuburan. Sebaiknya, pertimbangkan untuk melakukan kedua-duanya iaitu melakukan perubahan gaya hidup dan juga mendapatkan rawatan perubatan.

1. Pastikan berat badan kita adalah ideal. Iaitu tidak terlalu berat dan juga tidak terlalu kurus.

2. Mengamalkan diet yang sihat dan menyegarkan dengan memakan banyak sayuran dan buah-buahan yang kaya antioksida, lemak yang sihat seperti minyak zaitun dan kekacang, serta protein sihat.

Diet yang mengandungi banyak antioksida

3. Elakkan makan mengikut emosi atau nafsu seperti makan ‘junk food’ dan sebagainya.

4. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup pada waktu malam, mengikut jam yang sepatutnya.

5. Bersenam tapi awas, jangan bersenam terlalu berlebihan.

6. Mengamalkan supplement folic asid. Asid folik sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel yang sihat dan sangat penting dalam pertumbuhan awal janin. Ia juga membantu menguatkan sel-sel sperma.

7. Melakukan teknik merehatkan minda dan badan seperti yoga, terapi stress, akupuntur dan meditasi. Bagi yang muslim terapi terbaik adalah dengan berdoa, solat dan bangun malam untuk tahajud. Minta dari-Nya.

Bagaimana Polifenol Membantu Mengatasi Masalah Kesuburan

Polifenol adalah antioksida yang sangat kuat yang terkandung dalam sebotol vivix shaklee. Ia di ekstrak dari tumbuhan semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, japanese knotweed dan blueberry.

Kelebihan polifenol adalah:
  • Polifenol melindungi dan membaiki DNA

Setiap hari sel di dalam tubuh kita terdedah kepada serangan berjuta-juta radikal bebas yang boleh merosakkan DNA kita termasuklah sel-sel sperma dan juga ovum.

Ini boleh menjadi punca kepada masalah kesuburan suami isteri yang mana sperma yang wujud tidak kuat, tidak tahan lama dan kurang berkualiti.

Polifenol membantu melindungi sperma dan ovum kita dari rosak dengan menggalakkan replikasi sel yang sihat.

  • Polifenol Meningkatkan Tenaga Sel

Mitokondria iaitu salah satu dari komponen sel kita yang berfungsi sebagai bekalan sumber tenaga. Kajian menunjukkan polifenol membantu meningkatkan jumlah mitokondria dalam badan kita, secara tak langsung menggalakkan penghasilan tenaga yang sihat kepada sel-sel ovum dan sperma.

Testimonial

Tunggu apa lagi. Ikhtiar kehamilan anda sekarang dengan antioksidan yang paling hebat yang terkandung dalam vivix shaklee. Kenapa ia hebat?

Kerana vivix dipatenkan sebagai cecair yang mengandungi antioksidan reseveratrol dan polyphenol yang tinggi hingga 10 kali ganda lebih berkuasa. Tiada lagi produk anti aging yang mempunyai kuasa 10kali ganda antioksidan kecuali vivix.

Hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda. Usah bertangguh lagi.

Click sini untuk mendaftar sebagai ahli shaklee untuk penjimatan berganda.

*Disclaimer

Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge