9 Simptom Dan Risiko Penyebab Endometriosis Yang Perlu Di Ambil Tahu

Endometriosis adalah suatu keadaan di mana tisu yang di gelar endometrium tumbuh di kawasan luar rahim. Dalam keadaan yang normal tisu endometrium ini melitupi bahagian dalam uterus atau rahim kita. Namun dalam keadaan luar biasa, tisu ini tumbuh di kawasan luar rahim juga di bahagian organ-organ pembiakan seperti ovari dan tiub fallopian. Dalam kes terpencil ia juga boleh tumbuh pada bahagian usus kecil , dubur atau pundi kencing.

Semasa kedatangan haid, lapisan yang berada di dalam uterus ini akan dikeluarkan melalui faraj sebagai darah haid. Tetapi darah daripada tisu endometrium yang tumbuh di kawasan luar rahim tidak mempunyai tempat untuk keluar. Akibatnya, lama kelamaan ia akan terus menebal, membentuk cyst, scar tissue dan adhesion yang boleh mengganggu kesuburan.

Sesetengah wanita yang mengalami masalah ini tidak merasai sebarang ketidakselesaan. Jika ada mungkin sedikit. Namun sesetengah yang lain akan mengalami kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa berlakunya kitaran haid. Apakah simptom-simptom tersebut?

Apakah Simptom-Simptom Endometriosis?

Jika anda atau orang kesayangan anda ada mengalami simptom-simptom ini, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

1. Senggugut Teruk

Senggugut yang teruk boleh menjadi petanda endometriosis. Senggugut yang di sebabkan oleh endometriosis adalah lebih dahsyat kerana ia di sertai dengan beberapa petanda lain seperti mual, muntah atau cirit birit.

Adakalanya, ia mengganggu kehidupan seharian kita sehingga sesetengah wanita yang mengalaminya terpaksa untuk tidak berkerja atau ke sekolah.

2. Kesakitan Pada Pelvic

Lebih kurang 20% wanita yang mengalami endometriosis akan merasai kesakitan pada pelvic sepanjang kitaran haid. Ini bermakna ianya boleh terjadi bukan hanya semasa kehadiran haid.

Adalah penting untuk di ketahui, bahawa tahap kesakitan pelvic ini tidak mempengaruhi tahap keseriusan endometriosis yang sedang di alami. Kita mungkin mengalami kesakitan pelvic yang teruk tapi tidak mengalami endometriosis yang begitu teruk. Begitu juga sebaliknya.

3. Kesakitan Ketika Melakukan Hubungan Intim

Kesakitan ketika menjalinkan hubungan intim adalah salah satu dari simptom kepada masalah endometriosis. Ia mungkin sakit ketika dalam posisi tertentu terutamanya ketika berlaku pancutan dalam.

Kesakitan yang di lalui mungkin sepanjang kitaran haid. Sesetengah wanita mungkin mengalami kesakitan ketika berlakunya proses pengovulan. Ini boleh mengganggu perancangan untuk hamil kerana anda mungkin kurang keinginan untuk melakukan seks ketika waktu subur sedang berlaku.

4. Aliran Haid Yang Luar Biasa Banyak

Wanita yang mengalami endometriosis akan menghadapi aliran haid yang sangat banyak dan tempoh haid yang agak lama. Adakalanya ia keluar seperti tompokan kecil darah sebelum kedatangan haid yang sepatutnya. Malah kedatangan haid juga menjadi lebih kerap.

5. Ketidaksuburan

Menurut American Society untuk Reproductive Medicine, endometriosis di temui hampir 50% pada wanita yang di sahkan tidak subur.

Seperti yang telah di sebutkan di atas, bukan semua wanita yang mengalami endometriosis akan menunjukkan simptom endometriosis dan mengalami senggugut yang teruk. Sesetengah wanita mengetahui mereka mengalami masalah endometriosis selepas menjalani ujian ketidaksuburan.

6. Tekanan Dan Kelesuan

Tekanan dan kelesuan yang di alami adalah di sebabkan oleh endometriosis itu sendiri. Ini kerana ia berpunca dari simptom-simptom endometriosis yang di alami.

Sebagai contoh, tekanan dan keletihan berdepan dengan kesakitan senggugut yang di alami sepanjang tempoh kitaran haid dan juga semasa kedatangan haid. Selain itu masalah kesuburan dan kesukaran untuk menjalinkan hubungan intim di sebabkan oleh kesakitan semasa bersama juga memberi kesan seperti tekanan dan kebimbangan.

7. Masalah Pundi Kencing

Endometriosis juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan ketika kencing dan kesakitan semasa kencing. Wanita yang mengalami masalah endometriosis mungkin akan mengalami kekerapan untuk membuang air kecil dan adakalanya sehingga tidak boleh di tahan lagi.

Dalam kes endometriosis yang lebih serius, tisu endometrial mungkin akan tumbuh di luar atau di dalam pundi kencing itu sendiri menyebabkan kesakitan dan pendarahan.

Sekiranya ini terjadi, segeralah berjumpa dengan doktor.

8. Sembelit Dan/Atau Cirit Birit.

Sesetengah wanita yang mengalami endometriosis terpaksa berdepan dengan masalah sembelit dan cirit birit yang on/off. Ia mungkin menjadi lebih teruk apabila menjelang waktu haid.

Sesetengah wanita juga akan mengalami kesakitan semasa hendak membuang air besar atau kentut. Dalam kes yang lebih serius, endometriosis mungkin terjadi pada di antara bahagian usus itu sendiri.

Apakah Punca Risiko Endometriosis?

Walaupon punca terjadinya endometriosis ini tidak di ketahui, namun ia di kaitkan dengan penyakit keturunan. Beberapa pakar berpendapat, sekiranya emak atau kakak ada menghidap endometriosis, risiko untuk diri sendiri mendapat endometriosis adalah hampir 7%.

Selain itu, mempunyai endometriosis pada tahap pertama boleh meningkatkan risiko untuk mengalami endometriosis di tahap yang lebih serius.

Bagaimana Polifenol Membantu Masalah Endometriosis?

Polifenol adalah merupakan antioksidan yang sangat kuat. Ia merupakan antioksidan yang di ekstrak dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti anggur muscadine, lobak ungu, japanese knotweed dan elderberry.

Polifenol berfungsi untuk mengawal sel endometriosis yang tidak normal dari terus merebak dan memudaratkan organ peranakan dengan:

  • Melindungi Dan Membaiki DNA –  Setiap hari sel di dalam tubuh kita terdedah kepada serangan berjuta-juta radikal bebas yang boleh merosakkan DNA kita. Ini meningkatkan potensi untuk terbentuknya  sel yang tidak normal seperti endometriosis. Polifenol membantu melindungi DNA kita dari terus rosak dengan menggalakkan replikasi sel yang sihat.
  • Pertahanan Sel – Sekiranya berlaku masalah keradangan yang tidak terkawal, system badan kita akan hilang kawalan dan boleh menyebabkan kita berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Polifenol membantu untuk mengurangkan berlakunya keradangan dan akan memberi kesan positif.

Tahukah anda shaklee telah memanfaatkan khasiat polifenol ini dalam sebotol vivix? Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Testimonial Dari Pengguna Yang Mengalami Endometriosis

Vivix shaklee bukan merawat tetapi membantu mengurangkan simptom-simptom kesakitan di sebabkan oleh endometriosis. Nasihat dan rawatan doktor adalah di utamakan.

Jom kita ikuti kisah wanita ini yang mengamalkan nutrisi shaklee untuk masalah senggugut teruk.

Jika anda mengalami masalah endometriosis. Jangan berputus asa untuk ikhtiar mengatasinya. Bantu diri anda dengan nutrisi shaklee. Hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

Click sini untuk mendaftar sebagai ahli shaklee untuk penjimatan berganda.

*Disclaimer

Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge