Atasi Masalah Senggugut Teruk Agar Tidak Berulang

Masalah senggugut dengan kaum hawa memang tidak dapat di pisahkan. Lebih-lebih lagi remaja. Lebih kurang 80-90% remaja akan mengalami masalah senggugut bermula dari sebelum datang haid hinggalah selepas dua hari kedatangan haid.

Ada yang senggugut teruk sehinggakan tidak mampu melakukan rutin harian. Ada juga yang mengalami senggugut ringan. Oleh itu sangat penting untuk kita ketahui jenis-jenis senggugut yang kita alami. Ini supaya kita boleh mendapatkan rawatan doktor dan juga mencari cara untuk mengatasinya supaya tidak berulang lagi.

Jenis-Jenis Senggugut.

Tahukah anda senggugut boleh di kategorikan kepada 2 jenis iaitu:

1. Senggugut Primary

Senggugut primary terjadi di sebabkan oleh kehadiran prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan kimia semulajadi yang hadir di dalam seluruh tisu badan termasuklah rahim. Prostaglandin adalah sangat penting kerana ianya berperanan untuk mengawal keradangan, pertumbuhan sel, mengawal suhu badan serta melancarkan proses pergerakan dan pengecutan otot (contraction).

Semasa kedatangan haid, berlaku contraction pada otot-otot rahim. Proses ini membantu untuk mengeluarkan darah haid dari uterus. Apabila tahap prostaglandin terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan kekejangan yang agak teruk pada rahim kita.

Tahap prostaglandin adalah tinggi ketika di usia remaja dan akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Sebab itulah ketika remaja kita cenderung untuk mengalami senggugut teruk berbanding selepas berkahwin dan bersalin.

Namun, senggugut jenis ini hanya di rasai sebelum dan di awal kedatangan haid. Ia akan beransur kurang selepas beberapa hari kemudian.

2. Senggugut Secondary

Lebih kurang 10% gadis mungkin mengalami senggugut secondary. Antara tanda-tandanya ialah, sakit berterusan semasa kedatangan haid sehingga akhir haid, sakit ketika membuang air besar atau sakit pada bahagian belakang pinggang yang teruk.

Untuk yang mengalami senggugut jenis ini amatlah di sarankan untuk mendapatkan rawatan doktor untuk mengenal pasti punca atau penyebab utama kepada sakit semasa haid ini. Ini kerana ia mungkin di sebabkan oleh masalah seperti endometriosis, adenomyosis, jangkitan kuman pada pelvik, fibroid dan lain-lain.

Setelah mengenal pasti masalah berkaitan, rawatan susulan akan dibuat tidak kira dari segi rawatan perubatan atau pembedahan. Rawatan awal akan memberi peluang yang lebih cerah untuk kita mendapatkan zuriat seperti yang diidamkan kerana senggugut jenis ini boleh mengganggu tahap kesuburan kita.

Simptom-Simptom Senggugut.

Kebiasaannya simptom-simptom senggugut ni akan di ikuti dengan gejala Premenstrual Syndrome (PMS) iaitu gejala yang biasa di alami sebelum kedatangan haid. Namun ianya berbeza bagi setiap wanita.

  1. Sakit kepala dan sakit belakang
  2. Cramp pada bahagian ari-ari
  3. Emosi tidak stabil
  4. Terasa mual dan adakalanya muntah
  5. Tension
  6. Hilang selera makan atau nafsu makan tinggi
  7. Sembelit atau cirit birit
  8. Keletihan
  9. Payudara terasa seperti bengkak
  10. Kurang nafsu sex

Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Untuk Mengatasi Senggugut Teruk Agar Tidak Berulang?

1) GLA Shaklee

GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh kita untuk menghasilkan prostaglandin bahan yang membantu mengawal atur pelbagai proses tubuh. Pengambilan GLA tambahan dapat mengurangkan simptom senggugut dengan membantu menstabilkan hormon.

2) Ostematrix Shaklee

Semasa haid, paras kalsium menurun menyebabkan otot rahim dan perut menjadi kejang. Pengambilan ostematrix boleh membantu menaikkan paras kalsium kerana ostematrix shaklee merupakan vitamin kalsium berbentuk kaplet.

3) Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B shaklee merupakan vitamin yang paling lengkap meliputi kesemua jenis vitamin B. Pengambilan vitamin B yang cukup boleh mengurangkan gejala stress, kekejangan pada otot dan juga mengawal emosi.

Testimonial Dari Pengguna Set Senggugut Shaklee.

Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

Apa tunggu lagi. Ikhtiar masalah senggugut anda segera dengan nutrisi shaklee. Jangan biarkan senggugut teruk menghantui anda setiap bulan. Hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

Click sini untuk mendaftar sebagai ahli shaklee untuk penjimatan berganda.

Disclaimer:

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge