Cara Atasi Masalah Kulit Kendur Atau Saggy Tanpa Pembedahan

Kulit kendur atau saggy merupakan salah satu daripada masalah kulit yang menjengkelkan dan menghantui kita apabila kita semakin meningkat usia. Ia merupakan salah satu tanda penuaan yang tidak dapat di elakkan tetapi kita boleh melambatkan prosesnya agar kita tidak kelihatan tua sebelum waktunya.

Jika kita ingin mencari penyelesaian untuk menegangkan dan menganjalkan kulit kita, perkara pertama yang perlu di lakukan ialah memahami kenapa ianya terjadi. Jadi, mari kita pelajari punca utama terjadinya kulit kendur dan cara untuk mengatasinya secara dalaman dan luaran.

3 Faktor Utama Terjadinya Kulit Kendur Atau Saggy

Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kulit kendur atau saggy sebelum tiba masanya. Antaranya seperti gaya hidup yang tidak sihat iaitu tidak bersenam, merokok, stress, kurang tidur, pengambilan alkohol dan diet tidak seimbang.

Walau bagaimanapon, tiga faktor ini merupakan punca yang paling utama dan tidak boleh di pandang remeh. Faktor tersebut ialah:

1) Penghasilan kolagen dan elastin yang semakin berkurangan.

Penghasilan kolagen dan elastin oleh sel dermis kita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia dari seawal usia kita 25 tahun.

Perbezaan kulit berkolagen tinggi dan kulit berkolagen kurang

Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat dalam kulit, tulang, otot, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Ia bertindak seperti ‘gam’ yang mengikat komponen lain dalam badan kita untuk bersama mengekalkan kekuatan badan termasuk kekuatan dan keanjalan kulit.

Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit kita menjadi kendur dan tidak anjal lagi.

2) Sering terdedah kepada sinar UV, radikal bebas dan pencemaran.

Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinar uv, radikal bebas dan pencemaran. Tanpa penjagaan dan perlindungan kulit secara luaran yang sempurna, ia mampu merosakkan lapisan sel dermis kita menyebabkan berlakunya pigmentasi.

Sebelah kiri sinar uv menembusi ke dalam kulit yang tanpa perlindungan

Radikal bebas juga boleh merosakkan kolagen dan elastin antara kulit yang membawa kepada masalah biasa penuaan seperti garis halus, kedutan dan kulit kendur atau saggy.

Kesan radikal bebas terhadap kulit

3) Perubahan Hormon

Semakin kita meningkat usia, keseimbangan dan penghasilan hormon oleh tubuh kita akan menurun. Penurunan akan mula terjadi dari seawal 30-an dan semakin ketara apabila masuk fasa pre-monopause dan monopause.

Hormon memainkan peranannya yang tersendiri terhadap kulit kita. Secara ringkasnya adalah seperti di bawah:

Estrogen:

  • Meningkatkan penghasilan kolagen yang mana memastikan ketebalan kulit.
  • Memastikan kelembapan kulit
  • Mengurangkan kedutan dengan memberi kesan terhadap kualiti elastin dan kolagen pada kulit.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.

Testosterone:

  • Memainkan peranan terhadap penghasilan kolagen dan keanjalan kulit.

Progesterone:

  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit.
  • Memastikan kulit sentiasa hidrasi.
  • Apabila ia seimbang dengan estrogen, ia akan membantu estrogen untuk berfungsi dengan lebih baik.

Maka dapatlah kita simpulkan bahawa hormon memainkan peranan yang sangat penting terhadap kulit dalam memastikan keanjalan dan ketegangan kulit kita.

Bagaimana Cara Untuk Atasi Kulit Kendur Atau Saggy?

Masalah kulit kendur atau saggy boleh di atasi dengan menitik beratkan penjagaan dalaman dan luaran tubuh.

Selain dari mengubah gaya hidup pastikan juga kita meminum air masak secukupnya setiap hari agar kulit kita sentiasa kekal hidrasi. Boleh click sini untuk tips minum air masak secukupnya.

Ubah gaya diet kita ke arah yang lebih sihat dan seimbang agar tubuh kita sentiasa mendapat nutrien yang secukupnya. Amalkan pengambilan supplement untuk merapatkan jurang nutrisi yang berlaku pada tubuh kita.

Gunakan skincare yang sesuai untuk mengelakkan sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran. Skincare yang terbaik adalah dari sumber alam semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan merkuri. Boleh click sini untuk skincare yang selamat, berkesan dan mampu mengubah kulit anda kepada lebih muda.

5 Langkah Untuk Mengekalkan Kecantikan Dari Dalam Dengan Shaklee.

Langkah 1: Menegangkan dengan kolagen. Kolagen shaklee di ekstrak dari sisik ikan merah laut dalam yang sangat tahan lasak. Ia membantu melembutkan kulit, menegangkan kulit dan menganjalkan kulit dari dalam. Dalam bentuk serbuk yang sangat mudah untuk di serap oleh tubuh.

Langkah 2: Memberi Tenaga Kepada Sel Dengan CoQ 10. CoQ 10 memberi tenaga kepada sel untuk memperbaiki sel yang rosak dan penghasilan sel-sel baru. CoQ Troll Plus Shaklee mengandungi 100mg CoQ10. Ia juga mengandungi resveraterol iaitu antioksidan yang mampu melindungi kulit kita dari kerosakan akibat sinar UV dan radikal bebas.

Langkah 3: Melindungi kulit dengan Vitamin C. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan di sebabkan oleh sinar UV dan menyokong penghasilan kulit yang lebih cerah, bersih dan berseri. Ia juga berfungsi sebagai agen anti radang dan agen pengurangan pigmentasi. Vitamin C juga merupakan molekul penting dalam penghasilan kolagen.

Langkah 4: Melembapkan kulit dengan GLA (Asid Linolenik Gamma) Shaklee. Gla shaklee mampu menstabilkan hormon. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan keradangan, mengelakkan kulit kering dan gatal. Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.

Langkah 5: Membina sel kulit sihat dengan protein. Protein sangat penting dalam penghasilan sel kulit yang baru. Protein juga membantu membaiki kerosakan kepada sel-sel sedia ada. ESP Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). Ia membekalkan 9 asid amino penting yang tidak di hasilkan oleh badan kita.

Testimonial Dari Pengguna Shaklee

Testimonial 1

Testimonial 2

Testimonial 3

Kini anda juga boleh memiliki kulit anjal dan tegang seperti mereka. Bertindak segera sebelum terlambat. Jangan biarkan diri kita di hantui dengan muka kendur atau saggy sebelum masanya. Cegah dari usia muda untuk kesan yang positif di hari tua. Hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

Disclaimer:

*Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kesan penggunaan juga berbeza-beza mengikut kesesuaian individu.

Leave a Reply

CommentLuv badge