Cara Hilangkan Sakit Gout Dengan Cepat

Gout adalah salah satu dari penyakit Arthritis atau penyakit yang melibatkan keradangan pada bahagian sendi. Ianya sering terjadi secara tiba-tiba dan mendatangkan kesakitan yang teramat sangat kepada penghidapnya.

Antara bahagian sendi yang sering terjadinya gout adalah kaki dan tangan. Apabila ianya menyerang, bahagian sendi kaki atau tangan akan menjadi bengkak sehingga sukar untuk di gerakkan.

Tahukah anda punca dan cara untuk mencegah gout dari berulang?

Punca Dan Simptom Gout

Gout berpunca dari kehadiran urik asid yang terlalu tinggi dalam aliran darah dan pengumpulan kristal urik asid dalam tisu tubuh kita. Kristal urik asid yang hadir pada bahagian sendi menyebabkan keradangan yang membawa kepada kesakitan, kemerahan, bahang dan bengkak.

Urik asid kebiasaannya di temui dalam tubuh badan kita apabila tubuh kita memecahkan protein tertentu yang di kenali sebagai purines.

Antara faktor yang menyebabkan paras urik asid menjadi tinggi termasuklah faktor keturunan, pengambilan ubat-ubatan tertentu, obesiti dan gangguan fungsi buah pinggang yang kronik.

Apakah Makanan Yang Perlu Di Elakkan Oleh Pesakit Gout?

Seperti yang di nyatakan di atas, urik asid terbentuk apabila tubuh kita menguraikan protein yang di ambil oleh kita iaitu purines. Oleh itu, pesakit gout di galakkan untuk mengelakkan makanan yang kaya dengan purines dalam diet mereka.

Walau bagaimanapun, di akui adalah agak sukar bagi pesakit gout untuk mengelak makanan yang mengandungi purine yang rendah kerana ianya hadir secara semulajadi dalam kebanyakkan makanan yang sihat. Sekalipon diet rendah purines di patuhi, hanya sedikit sahaja paras penurunan uric asid dalam aliran darah berlaku.

Berikut adalah prinsip diet yang sangat penting bagi pesakit gout:

  • Gout berkait rapat dengan obesiti, penurunan berat yang ketara secara sihat boleh membantu mengurangkan risiko gout kepada pesakit. Diet rendah kalori sangat membantu dalam penurunan berat secara sihat.
  • Diet rendah lemak tepu, dengan peningkatan protein dan penggantian karbohidrat halus (seperti gula, roti putih, kentang) dengan karbohidrat kompleks (seperti sayur-sayuran dan bijirin) dapat mengurangkan serum asid urik.
  • Mengurangkan pengambilan makanan laut dan daging merah.
  • Pengambilan produk tenusu yang rendah lemak dapat mengurangkan risiko gout.
  • Minuman keras seperti arak dan beer boleh meningkatkan risiko gout. Walau bagaimanapon,  minum wine tidak menunjukkan peningkatan terhadap risiko Gout.
  • Dalam satu kajian, pengambilan cherries yang segar berkait rapat dengan penurunan risiko gout sebanyak 35%. Ada yang percaya pengambilan jus cherries hitam atau cherries kering mempunyai kesan yang sama, tapi masih belum ada bukti kukuh di temui.
  • Amalan meminum minuman manis dengan gula atau sirap jagung berfruktosa tinggi boleh meningkatkan risiko gout.

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Menghilangkan Sakit Gout?

Vivix shaklee adalah minuman botani yang mengandungi antioksidan yang tinggi iaitu polyphenol. Polyphenol dalam vivix shaklee di ektrak dari 4 tumbuhan utama iaitu:

  • Polygonum Cuspidatum,
  • Anggur Muscadine,
  • Eldeberi Eropah
  • Lobak Ungu.

Dalam satu kajian yang di jalankan di Jepun, polyphenol di katakan mampu menurunkan paras urik asid dalam tempoh sejam. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Food Functional.

Sebab itulah pengambilan buah-buahan dari keluarga berries sangat membantu pesakit gout. Ini kerana buah-buahan berries mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.

Antioksidan yang terdapat dalam sebotol vivix adalah tinggi. Antioksidan mampu untuk membaiki, melindungi dan mencegah sel-sel dari rosak akibat dari radikal bebas. Antioksidan yang terdapat di dalamnya boleh mengurangkan keradangan, kemerahan, bengkak dan kesakitan pada bahagian sendi yang mengalami gout.

Testimonial Dari Mereka Yang Pernah Ambil Vivix Shaklee Untuk Masalah Gout.

Tunggu apa lagi. Ikhtiar dengan vivix shaklee untuk masalah gout anda agar tidak berulang lagi. Atasi masalah gout anda segera agar ia tidak lagi menghantui hidup anda. Malah vivix boleh membantu anda untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Hubungi saya untuk dapatkan vivix anda sekarang.

Disclaimer:

*Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge