Cara Mencegah Serangan Jantung Secara Mengejut

Sejak akhir-akhir ini kita kerap mendengar berita tentang kematian mengejut. Paling menakutkan ianya banyak terjadi kepada lelaki golongan muda. Ya golongan muda. Penyakit jantung bukan lagi merupakan penyakit orang-orang tua.

Jantung kita adalah pam. Ia merupakan organ yang paling kuat bekerja dalam tubuh kita. Mana tidaknya, walapon kita tengah tidur sekalipon jantung tetap menjalankan kerjanya. Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh kita agar kita boleh menerima nutrient dan oksigen yang di perlukan.

Cuba bayangkan kalau fungsi jantung kita ini terganggu? Sudah tentu ia boleh mengundang maut kepada kita.  Jadi bagaimana caranya untuk kita melindungi jantung kita agar terus kekal sihat?

Punca Kepada Serangan Jantung Mengejut

Antara punca berlakunya serangan jantung mengejut adalah:

  • Tekanan Darah Tinggi

Seperti yang kita tahu, jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan kita. Sekiranya berlaku tekanan darah tinggi, jantung kita akan bekerja lebih kuat dan memerlukan tenaga yang lebih untuk mengepam. Lama kelamaan jantung kita boleh menjadi lemah. Dan kita juga akan mula merasakan simptom-simptom seperti letih dan lesu.

  • Kolesterol Tinggi

Kolesterol tinggi adalah sangat berbahaya kerana ianya berlaku dalam diam. Cara untuk mengetahui tahap kolesterol dalam badan kita adalah dengan menjalankan ujian kolesterol di klinik.

Kolesterol adalah kandungan lemak yang berkumpul dalam salur darah kita. Semakin tinggi lemak yang terkumpul maka semakin sempit salur darah kita. Sebab itulah terjadinya tekanan darah tinggi. Lebih teruk lagi kalau ianya terus tersumbat hingga boleh menyebabkan serangan jantung mengejut dan juga stroke.

  • Gaya hidup Yang Tidak Sihat

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, sentiasa stress, tidak bersenam boleh mengundang kita kepada persekitaran yang tidak sihat. Persekitaran yang tidak sihat ini menyebabkan kita mudah terdedah kepada radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kita.

Apabila sel-sel pada salur darah kita rosak, ia boleh menyebabkan keradangan. Keradangan ini lama kelamaan menyebabkan kolesterol jahat berkumpul pada salur darah kita hingga menyebabkan berlakunya masalah kolesterol tinggi.

  • Diet Tidak Seimbang

Kepelbagaian makanan pada masa kini menyebabkan kita semakin tidak endah kepada penjagaan diet kita sehari-hari. Lebih-lebih lagi semuanya nak segera. Maklumlah kita sentiasa sibuk dengan tanggungjawab.

Kesannya kita semakin kurang mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Makanan yang tidak sihat inilah yang mengundang kepada pengumpulan kolesterol jahat. Makanan yang tinggi kandungan gula juga mengundang kepada kerosakan sel-sel dalam tubuh kita.

Cara Untuk Menjaga Jantung Kita Agar Terus Kekal Sihat

  • Bersenam adalah sangat penting agar tubuh kita dapat membakar lemak-lemak yang berlebihan dalam badan kita secara semulajadi. Secara tak langsung kita boleh mengatasi masalah obesity. Bersenam juga memberi kesegaran kepada tubuh kita.
  • Menjaga Pemakanan Kita. Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk memastikan tubuh kita mendapat nutrient selengkapnya. Cara penyediaan makanan juga penting. Kurangkan makanan berlemak dan lebihkan makanan yg di masak secara kukus atau panggang.
  • Mengamalkan vitamin/supplement untuk kesihatan. Tujuan pengambilan vitamin adalah untuk merapatkan jurang nutrisi dalam tubuh kita. Ya betul kita boleh mendapat nutrient dari pemakanan kita. Tapi sejauh mana kita boleh memastikan tubuh kita betul-betul menerima nutrient yang diperlukan secukupnya untuk keperluan tubuh kita sehari. Nutrient adalah makanan kepada sel. Nutrient yang mencukupi menggalakan pertumbuhan sel yang sihat.

Bagaimana Vitamin/Supplement Shaklee Membantu Menjaga Jantung Kita?

 

Vivix Shaklee – Minuman botani dengan gabungan polyphenols yang 10 kali ganda lebih baik berbanding resveraterol sahaja. Kandungan antioksidannya yang tinggi mampu mengurangkan keradangan dalam salur darah.

 

CoqTroll – Mengandungi 100mg Coenzyme Q10 (CoQ10) yang bertindak sebagai ‘spark plug’ untuk memulakan proses penghasilan tenaga dengan menukar makanan kepada tenaga. Tahap kepekatan CoQ10 yang paling tinggi terletak pada jantung kita memandangkan jantung menggunakan tenaga yang banyak untuk mengepam darah ke seluruh tubuh kita.

CoQ10 menguatkan otot jantung, menggalakkan peredaran darah yang baik, mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang mengambil statin kerana statin akan mengurangkan 40% penghasilan CoQ10 semulajadi dalam tubuh kita.

Omega Guard – Mengandungi 999mg omega-3 dalam setiap hidangan. Dengan 3 kali penyulingan untuk menyingkirkan bahan tercemar seperti merkuri menjadikan omega guard Shaklee sangat berkualiti. Omega-3 sangat penting dalam meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat) dalam salur darah.

Phytocol-ST – Mengandungi plant sterols & stanols yang bertindak secara aktif dalam menghalang penyerapan kolesterol ke dalam salur darah dan lebih banyak kolesterol dapat di buang dari badan kita.

 

Jika anda mengalami symptom-simptom yang menandakan jantung anda tidak sihat. Bertindaklah segera sebelum terlambat. Mencegah lebih baik dari merawat. Bertindaklah segera untuk menyelamatkan nyawa anda atau orang kesayangan anda. Hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

 

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Shaklee ID: 960126

FB:Sulhana Shuhaimi

IG: Sulhana_sue

Disclaimer:

*Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge