Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan

Masalah jeragat pada muka terjadi apabila kulit wajah kita sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari atau UV. Terdapat dua jenis sinaran UV yang asas iaitu UV-A dan UV-B.

UV -A boleh menembusi hingga ke dalam lapisan dermis kulit kita. Ia mampu merosakkan fungsi kolagen hingga menyebabkan berlakunya penuaan sebelum waktunya seperti kulit berkedut dan kusam.

Manakala UV-B pula boleh menembusi lapisan paling atas kulit kita iaitu epidermis. Kulit yang terdedah kepada UV-B terlalu lama akan mengaktifkan sel melanocytes untuk meningkatkan pengeluaran melanin.

Melanin merupakan pigment yang memberi warna gelap pada kulit. Apabila melanin semakin banyak terhasil, lama kelamaan warna gelap pada kulit ini akan kelihatan semakin jelas maka terbentuklah jeragat.

Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan.

Untuk menghilangkan jeragat degil kita perlu menitik beratkan penjagaan dari dalam dan juga luaran. Penjagaan kulit dari dalaman penting supaya jeragat degil lebih cepat hilang dan lebih berkesan. Caranya ialah:

1) Amalkan pengambilan antioksidan yang tinggi.

Antioksidan sememangnya bagus untuk kulit. Antioksidan mampu memperbaiki, melindungi dan menjaga kulit kita dari kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas boleh hadir dalam pelbagai cara. Sebab itulah penting untuk kita melindungi kulit dari dalam.

2) Menggunakan set skincare yang boleh melindungi dan merawat kulit dari luar.

Pemilihan set skincare adalah sangat penting kerana kita bukan sahaja inginkan kulit yang cantik malah juga selamat untuk di gunakan dalam jangka masa yang panjang. Malah lebih baik jika kita menggunakan set skincare dari sumber alam semulajadi yang bebas bahan kimia berbahaya.

Kesan UV kepada kulit dengan dan tanpa sun screen

3) Mengamalkan pengambilan vitamin C dan E.

Kedua-duanya merupakan antioksidan yang boleh melindungi kulit dari sinaran UV. Bukan itu sahaja, vitamin C juga menggalakkan penghasilan kolagen dan dalam masa yang sama melindungi kolagen daripada kerosakan akibat dari oksidatif.

4) Menstabilkan hormon

Selain sinaran UV, ketidakstabilan hormon juga menjadi faktor kenapa terjadinya jeragat. Ini kerana hormon seperti Estrogen, Testosterone dan Progesterone mempunyai peranannya yang tersendiri terhadap kulit kita. Kebiasaannya, ketidakstabilan hormon di sebabkan oleh kehamilan yang menyebabkan timbulnya jeragat semasa hamil.

5) Memastikan kulit sentiasa lembap.

Kulit kering akan mengundang pelbagai masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan lain-lain lagi. Oleh itu sangat penting untuk kita memastikan badan kita mendapat bekalan air secukupnya setiap hari dengan meminum air masak mengikut keperluan badan kita. Ini bagi memastikan kulit kita tidak terhidrasi.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Jeragat?

1) Vivix Shaklee 150ml (highly recommended)

Mengandungi polifenol iaitu kumpulan antioksdian yang sangat berkuasa tinggi. Polifenolnya di ekstrak dari tumbuh-tumbuhan semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, japanese knotweed dan elderberry europe.

Polifenol bagus untuk melindungi kulit kita. Ia melindungi kulit dari bahaya sinaran UV. Ia juga mencegah pembentukan garis-garis halus pada kulit, mencegah kedutan di muka serta mengurangkan risiko hyper-pigmentasi.

Testimonial Dari Pengguna Vivix Untuk Masalah Jeragat.

2) CoQ Troll Plus Shaklee

Coq Troll Plus Shaklee mengandungi 100mg CoQ10, vitamin E dan reveraterol yang sangat baik untuk kulit. CoQ10 membantu melindungi kulit dari sinaran UV dan juga membantu memberi tenaga kepada sel untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel kulit sihat yang baru. Resveraterol dan vitamin E pula merupakan antioksidan yang mampu melindungi dan membaiki kerosakan sel kulit.

3) Vitamin C Shaklee.

Kelebihan Vitamin C shaklee ialah ia mempunyai teknologi sustain release iaitu ia membekalkan vitamin C kepada tubuh selama hampir 5 jam dengan membuat pelepasan secara berperingkat. Fungsi Vitamin C adalah untuk membantu meningkatkan penghasilan kolagen oleh kulit, melindungi kolagen dari kerosakan oksidatif dan melindungi kulit dari sinaran UV.

4) Gla Shaklee.

GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin iaitu bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit.

Ia juga membantu untuk menstabilkan hormon bagi yang mengalami masalah ketidak stabilan hormon.

5) Set skincare Youth Shaklee.

Set asas skincare Youth shaklee terdiri daripada pencuci, pelembap, toner, serum, krim malam dan radiance C+E. Untuk detail dan testimonial boleh rujuk di sini dan juga di sini

Set skincare Youth shaklee lengkap dengan kesemua nutrien yang di perlukan oleh kulit untuk penjagaan dari luar. Pelembapnya di lengkapi dengan perlindungan UV iaitu spf 50. Di ekstrak dari zinc oksida. Zinc oksida merupakan bahan aktif semulajadi bagi skincare yang berasaskan natural. Ia melindungi kulit dari sinar UV secara fizikal bukan secara kimia.

Testimonial Dari Pengguna Shaklee

Testimonial 1

Testimonial 2

Tunggu apa lagi. Bertindaklah sekarang untuk mengatasi masalah jeragat anda sebelum semakin teruk. Anda juga boleh mendapat kulit cantik, cerah berseri tanpa jeragat seperti mereka. Hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

Disclaimer:

*Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kesan penggunaan juga berbeza-beza mengikut kesesuaian individu.

Leave a Reply

CommentLuv badge