Cara Meningkatkan Stamina Ketika Bersukan Agar Tidak Mudah Semput

Bersukan merupakan aktiviti lasak yang baik untuk kesihatan. Namun ada sesetengah orang sangat mudah rasa penat atau cepat pancit ketika berlari atau bersukan. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu berasa putus asa untuk terus kekal aktif.

Tahukah anda ada cara yang terbaik untuk meningkatkan stamina ketika bersukan agar tidak mudah semput? Jom kita baca tips ini.

Apa Itu Stamina Dalam Bersukan?

Stamina dalam bersukan adalah keupayaan kita untuk mengekalkan kecergasan dalam jangka masa yang lama. Malah selepas kita bersukan atau bersenam, kita masih lagi berada dalam keadaan bertenaga.

Mereka yang mempunyai stamina yang tinggi seperti atlit contohnya, menunjukkan bahawa jantung, paru-paru dan otot mereka berfungsi pada tahap kecekapan yang tinggi.

Apakah Kelebihan Mempunyai Stamina Yang Tinggi?

Menurut Mayo Clinic, banyak kelebihan yang di peroleh apabila kita mempunyai stamina yang tinggi. Antaranya:

  • meningkatkan kesihatan fizikal
  • melindungi jantung dari mendapat penyakit
  • meningkatkan sistem imuniti semulajadi tubuh
  • mengurangkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis
  • membantu meningkatkan jangka hayat dengan hidup yang lebih berkualiti
  • baik untuk kesihatan mental kerana berlakunya peningkatan kadar endorphin ketika bersukan.

Cara Meningkatkan Stamina Agar Tidak Mudah Pancit

1) Lakukan secara perlahan-lahan.

Walau apa pon sukan atau senaman yang kita lakukan, kita tidak boleh terlalu mendesak. Kita perlu melakukannya secara perlahan-lahan dan konsisten sehingga lama kelamaan stamina tubuh kita semakin meningkat.

2) Makan secara sihat.

Tubuh kita reflek kepada apa yang kita makan. Jika kita makan secara sihat, tubuh kita akan bekerja dengan baik, jika sebaliknya, tubuh kita akan mula memusnah. Jadi untuk tingkatkan stamina, amat penting untuk kita focus pada pemakanan kita.

Kekurangan nutrisi asas dalam diet kita akan menyebabkan tenaga berkurangan. Nutrisi asas seperti Vitamin C, protein, iron dan karbo kompleks membantu menghasilkan tenaga, meningkatkan sistem imun tubuh kita, dan membina serta merawat otot dan tisu yang mana kesemuanya penting dalam meningkatkan dan mengekalkan stamina.

Makanan Seimbang

3) Bersenam atau bersukan dengan lebih kerap. 

Jadikan bersenam dan bersukan sebagai aktiviti rutin kita. Ini kerana aktiviti fizikal merupakan aktiviti yang sangat bagus untuk tingkatkan stamina. Bersenam atau bersukanlah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

4) Jauhkan diri dari aktiviti tidak sihat.

Aktiviti tidak sihat seperti pengambilan dadah, alkohol dan merokok sememangnya bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah menyebabkan kurangnya stamina tubuh. Jadi jauhkanlah diri kita dari kesemua aktiviti yang tidak menyihatkan itu.

5) Rehat yang secukupnya.

Tidur malam yang lena adalah sangat penting seperti bersenam secara harian. Tubuh kita memerlukan rehat yang cukup untuk menyembuhkan dan merawat dirinya.

Rehat dan tidur yang cukup, menjadikan kita bertenaga dan segar. Ini membantu kita untuk focus lebih baik terhadap prestasi fizikal dan mental. Kekurangan tidur yang baik, boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.

6) Minum air secukupnya.

Keseluruhan jumlah berat badan kita adalah terdiri dari 65% ke 70% air. Ini merupakan bukti yang kukuh keberkesanan air dalam meningkatkan dan mengekalkan stamina tubuh kita.

       JOM!! Ketahui 7 Kebaikkan Minum Air Masak

Mengekalkan tubuh dalam keadaan hidrat adalah lebih penting. Air di perlukan untuk sel tubuh kita berada dalam keadaan sihat. Kekurangan air dalam tubuh, menyebabkan sel mengecil. Kesannya, otot tubuh menjadi keras dan rapuh. Ini mendorong keletihan.

Jadi, minumlah air secukupnya sepanjang siang dan malam untuk memastikan otot kita berada dalam keadaan yang tenang dalam masa yang sama membantu meningkatkan stamina.

Tahukah anda, selain dari tips di atas, ada cara lain yang juga sangat membantu dan berkesan untuk meningkatkan stamina ketika kita bersukan. Ramai yang telah mencuba dan berpuas hati dengan hasilnya.

JOM KLIK -> Nutrisi Untuk Meningkatkan Stamina Ketika Bersukan

untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau terus hubungi saya untuk respon yang lebih cepat!!

SULHANA SHUHAIMI

Health Certified Consultant

012-9351082

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge