Cara Menjaga Luka Pembedahan Agar Tidak Berlaku ‘Adhesion’

Pernahkah anda dengar tentang adhesion atau organ yang melekat? Kes ini kebiasaanya terjadi selepas seseorang itu menjalani procedure pembedahan organ tidak kira sama ada pembedahan untuk bersalin iaitu Caesarean atau pon pembedahan untuk masalah apendiks dan lain-lain.

Adhesion adalah lingkaran parut-parut tisu yang tidak normal yang menghubungkan organ-organ atau bahagian organ yang sepatutnya tidak bersambung bersama. Bagaimanakah ianya terjadi? Adakah ianya berbahaya?

Bagaimanakah Ianya Terjadi?

Adhesion terjadi apabila tubuh kita cuba untuk membaiki dirinya sendiri. Tindak balas normal ini boleh berlaku selepas pembedahan, trauma, radiasi atau pon jangkitan. Sel yang sedang membaik pulih antara tubuh tidak dapat membezakan antara organ dan yang lain.

Jika ada organ yang sedang dalam proses membaik pulih, bertemu dan bersentuhan dengan bahagian lain dirinya atau organ lain, parut tisu mungkin akan membentuk dan menghubungkan dua permukaan tersebut.

Walaupon adhesion boleh berlaku di mana-mana bahagian, bahagian yang paling biasa terjadi adalah di antara abdomen, pelvis dan jantung.

Abdominal adhesions: Abdominal adhesions merupakan komplikasi pembedahan yang biasa terjadi. Ianya berlaku kepada majoriti mereka yang melalui pembedahan abdomen dan pelvic.

  • kebanyakkan adhesion adalah tidak sakit dan tiada komplikasi. Walau bagaimanapon, adhesion menyebabkan gangguan usus kecil kepada orang dewasa kebanyakkannya dan di percayai menyumbang kepada perkembangan yang kronik terhadap kesakitan pelvic.
  • Adhesions kebiasaannya mula membentuk beberapa hari selepas pembedahan. Tetapi ia mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom untuk beberapa bulan mahu pon tahun.  Apabila parut tisu mula menghadkan pergerakan usus kecil, Ia menyukarkan makanan untuk melalui sistem penghadaman. Usus mungkin menjadi tersumbat.
  • Dalam kes yang serius, adhesion mungkin membentuk jaringan fibrous di sekeliling keseluruhan bahagian usus. Ini boleh menyebabkan aliran darah tersekat dan membawa kepada kematian tisu.

Pelvic adhesions: Pelvic adhesions boleh melibatkan mana-mana organ di antara pelvis seperti uterus, ovari, tiub fallopio atau pundi kencing. Ianya sering terjadi selepas pembedahan seperti Caesarean atau hysterectomy iaitu pembedahan membuang rahim. Manakala adhesion pada dan sekitar tiub fallopio terjadi di sebabkan oleh penyakit keradangan pelvic (PID) yang berpunca dari jangkitan (kebiasaanya di jangkiti ketika menjalinkan hubungan kelamin).

Untuk mengandung, ovum wanita akan melalui tiub fallopio dan pergi ke uterus. Adhesion pada tiub fallopio boleh menyebabkan masalah ketidak suburan dan meningkatkan insiden kandungan ectopic yang mana perkembangan fetus terjadi di luar rahim.

Heart adhesions: Parut tisu mungkin terbentuk di antara membran yang mengelilingi jantung. Ini akan menyebabkan fungsi jantung tersekat. Jangkitan seperti demam rheumatic mungkin membawa kepada terbentuknya adhesions pada injap jantung dan membawa kepada penurunan efficiency jantung.

Apakah Simptom-Simptom Adhesion?

Simptom-simptom adhesion adalah berbeza bagi setiap individu begantung kepada bahagian mana adhesion tersebut berlaku. Biasanya, adhesion tidak menunjukkan sebarang simptom dan tidak di diagnos.

Adhesion yang menyebabkan kesakitan adalah di sebabkan oleh saraf-saraf yang tertarik atau menjadi tegang sama ada organ terikat dengan adhesion atau antara adhesion itu sendiri.

Simptom bagi Abdominal adhesions adalah:

  1. Terasa sakit dan kejang pada bahagian perut terutama apabila selepas makan.
  2. Muntah
  3. Kembung perut
  4. Banyak angin
  5. Demam

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasinya?

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menjaga pemakanan terutama selepas menjalani pembedahan. Pastikan kita mendapat nutrisi yang secukupnya supaya proses penyembuhan dapat berlaku dengan sempurna.

Selain itu elakkan dari mengambil pati yang berasaskan ikan haruan kerana ia di katakan akan memburukkan lagi proses penyembuhan luka dalaman dan menggalakkan berlakunya masalah adhesion.

Bagaimana polifenol Membantu Mengatasi Masalah Adhesion?

Mari kita lihat bagaimana polifenol membantu mengurangkan risiko dan simptom adhesion.

  • Polifenol melindungi dan membaiki DNA

Setiap hari sel di dalam tubuh kita terdedah kepada serangan berjuta-juta radikal bebas yang boleh merosakkan DNA kita. Ini meningkatkan potensi untuk terbentuknya sel yang tidak normal seperti adhesion. Polifenol membantu melindungi DNA kita dari rosak dengan menggalakkan replikasi sel yang sihat.

  • Polifenol Meningkatkan Tenaga Sel

Mitokondria iaitu salah satu dari komponen sel kita yang berfungsi sebagai bekalan sumber tenaga. Kajian menunjukkan polifenol membantu meningkatkan jumlah mitokondria dalam badan kita, secara tak langsung menggalakkan penghasilan tenaga yang sihat. Ianya memberi kebaikan perlindungan berganda terhadap sindrom metabolic seperti membaiki paras glukos dan menggalakkan kesihatan jantung dan berat badan yang unggul.

  • Pertahanan Sel

Sekiranya berlaku masalah keradangan yang tidak terkawal, system badan kita akan hilang kawalan dan boleh menyebabkan kita berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Polifenol membantu untuk mengurangkan berlakunya keradangan dan akan memberi kesan positif.

  • Mengurangkan Penghasilan AGE Protein

Protein AGE (Advance Glycation End-Product) adalah gabungan protein dan gula yang terjadi di sebabkan gula dan lemak atau protein berlebihan di dalam darah. Protein AGE ini sangat berbahaya kerana ia mampu berkumpul dan menyaluti sel-sel normal sehingga menjadikan sel-sel ini rosak sekaligus tidak dapat berfungsi dengan baik dan membunuh sel-sel tubuh kita. Pengambilan polyphenol mampu mencegah penghasilan AGE Proteins ini dan menyihatkan badan.

Tahukah anda shaklee telah memanfaatkan khasiat polifenol ini dalam sebotol vivix? Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.


Setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Testimonial

Jom kita saksikan kisah kakak saya yang menjalani Caesarean kali kedua dan apa yang beliau ambil untuk cepatkan proses penyembuhan.


Lagi testimonial dari ibu yang berpantang bersalin secara Caeserean dengan vivix shaklee.

Bahayakan jika luka dalaman selepas pembedahan tidak di jaga dengan elok. Dalam diam boleh mengundang masalah adhesion atau organ melekat. Paling ngeri bila ia memberi kesan kesakitan di kemudian hari. Jangan berkira bila melibatkan kesihatan diri. Hubungi saya untuk dapatkan vivix anda hari ini. Saya sedia membantu anda.

Click sini untuk mendaftar sebagai ahli shaklee untuk penjimatan berganda.

*Disclaimer

Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge