Cara Untuk Menghilangkan Jeragat dan Pigmentasi Dengan Cepat

Sebut sahaja jeragat terus kita terbayangkan kulit wajah yang bertompok-tompok. Ada yang tompokan kecil-kecil dan ada yang tompokan besar berwarna gelap atau coklat gelap. Tentu kita berasa malu dan kurang keyakinan diri bila masalah ini membelenggu diri kita. Lebih-lebih lagi kaum wanita seperti kita yang sentiasa ingin tampil cantik di mata suami bagi yang sudah berkahwin dan tampil cantik di mata lelaki bagi yang masih bujang.

Namun tahukah anda terdapat banyak punca mengapa terjadinya masalah jeragat ini? Untuk mengatasinya kita perlu kenali terlebih dahulu puncanya.

Kenali 5 jenis Pigmentasi Kulit

  • Jeragat

Kebiasaannya jeragat sangat mudah untuk di kenali. Ia muncul secara berkelompok rata dan membulat pada bahagian atas pipi dan sekitar hidung. Kebanyakkan jeragat di sebabkan oleh faktor genetik tapi ia juga boleh terjadi di sebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Istilah perubatan bagi jeragat ialah Ephelides atau Lentigenes.

 

  • Sun Spots

Sun spots adalah tompokan gelap, kebiasannya berwarna coklat yang di sebabkan oleh terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari secara direct. Cahaya matahari menggalakkan pengeluaran melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab menghasilkan warna kulit. Sun spots kelihatan rata dan terhasil secara berasingan di bahagian dagu, hidung dan dahi. Istilah perubatan bagi sun spots ialah Solar Lentigenes.

 

  • Age Spots

Age spots adalah tompokan yang terhasil kesan daripada pendedahan kulit terhadap radikal bebas seperti pencemaran udara atau pemakanan kita. Ia di kenali sebagai Lipofuscin. Lipofuscin terjadi di sebabkan oleh pengumpulan radikal bebas seiring dengan usia kita. Ianya mengoksidakan kulit menjadikannya bertukar kuning atau coklat.

 

  • Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

Tompokan ini di sebabkan oleh keradangan yang berpunca dari trauma pada kulit. Antara perkara yang menyebabkan PIH adalah seperti penggunaan barang kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya secara berlebihan seperti benzoyl peroxide. Procedure kosmetik seperti rawatan laser kulit juga boleh mencetus kepada terjadinya PIH.

  • Melasma

Melasma adalah pigmentasi yang di sebabkan oleh masalah ketidak stabilan hormon dan ianya berlaku hampir 70% kepada wanita yang sedang mengandung. Ia juga di kenali sebagai ‘prenancy mask’ atau ‘chloasma’.Masalah ini berpunca dari kehamilan, pil perancang, perubahan hormone estrogen/estradiol/progesterone, masalah thyroid dan stress yang berlebihan dan tidak terkawal. Ianya boleh menjadi semakin teruk sekiranya terdedah kepada cahaya matahari.

Bagaimana Untuk Menghilangkan Jeragat/Pigmentasi?

  • Mengamalkan cara penjagaan kulit wajah yang betul. Boleh rujuk di sini.
  • Menjaga diet seharian dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
  • Menggunakan ‘sun block’ ketika berada di luar.
  • Mengamalkan pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi.
  • Menggalakkan atau menambahkan penghasilan kolagen pada kulit.
  • Menstabilkan hormone dengan cara semulajadi.
  • Elakkan bertukar-tukar barang kosmetik terutama yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Pilih barangan kosmetik yang selamat dan mengandungi ramuan semulajadi.

Bagaimana Set Premium Jeragat Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Ini?

  • Vivix Shaklee

    Mengandungi resveraterol iaitu the most powerful antioksidan. Ianya 10x lebih berkuasa berbanding hanya polifenol sahaja. Vivix Shaklee mengandungi ekstrak 4 tumbuhan-tumbuhan utama iaitu:

    Muscadine Grape

    Fakta menarik tentang muscadine grape, ianya mempunyai 20 pasang kromosom iaitu lebih satu pasang kromosom dari kebiasaan anggur yang ada. Menariknya, kelebihan kromosom ini menjadikan ia kuat untuk melawan serangan serangga dan juga tahan lasak terhadap cuaca. Kelebihan kromosom ini juga menjadikan ia lebih sarat dengan antioksidan dan nutrient iaitu 6x lebih resveraterol dan 40x lebih tinggi antioksidan berbanding anggur lain.

    Elderberry,

    Elderberry antara buah yang sarat dengan antioksidan. Ianya di katakan mampu merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser. Bukan itu sahaja, ianya menentang radikal bebas dari merosakkan sel-sel yang sihat. Sifat semulajadinya yang menentang radikal bebas serta anti penuaan ini, menjadikan kulit wajah berseri dan tampak remaja untuk tempoh yang lebih lama. Tambahan lagi, ianya  bertindak sebagai ejen detoks semulajadi membantu mengatasi masalah kulit.

    Purple Carrot,

    Beta –carotene merupakan antioksidan yang hadir dalam semua jenis lobak termasuklah lobak ungu.  Ia menyuburkan kuku, kulit dan juga rambut secara semulajadi dan sihat bersinar. Pengambilan secara konsisten khasiat lobak ungu ini menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut dari dalam.

    Japanese Knotweed

    Tumbuhan yang berasal dari Jepun, Korea dan China yang terkenal dengan resveraterol efeknya yang melambatkan proses penuaan.  Ianya juga kaya dengan Vitamin A dan C yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi yang semestinya baik untuk kulit.

    Testimoni dari pengguna vivix shaklee

  • Collagen Powder Shaklee. Berikut adalah khasiat yang terkandung di dalam collagen shaklee

                 Testimonial dari pengguna collagen powder shaklee.

  • Nutriwhite Spot Whitening Treatment

1) Likuoris yang terdapat di dalam NSWT mengandungi 3 bahan utama yang baik untuk kulit.

  • Glycyrrhizin mampu menggalakkan kulit untuk menghasilkan tisu yang kuat, menggalakkan penghasilan kolagen dan asid hialuronik dan secara tidak langsung bertindak sebagai anti penuaan.
  • Glabridin juga mampu bertindak sebagai pencerah kulit dan mengelakkan UVB daripada mencetus pigmentasi dan radang pada kulit.
  • Liquiritin bertindak sebagai depigmentasi. Ia juga efektif dalam merawat melasma

2) Peony mempunyai bahan anti bacteria, iaitu paeonol dan ini menjadikan dirinya berfungsi sebagai anti radang dan anti fungi untuk merawat radang kulit.  Akar peony mempunyai bahan kimia semulajadi iaitu Paeoniflorin yang berperanan sebagai anti oksidan. Ekstrak akar peony seringkali di gunakan untuk menyegarkan dan melegakan kulit.

Ia juga bertindak sebagai penggalak mikrosirkulasi iaitu pergerakan darah di dalam salur darah yang kecil. Bila pergerakan darah berjalan dengan baik, oksigen juga turut bertukar ganti dengan galaknya di antara sel dan salur darah. Maka ia dapat mengelakkan tanda-tanda awal penuaan. Oleh itu, proses ini akan mencantikkan kulit dengan membekalkan khasiat pada kulit dan mempercepatkan proses detoks pada sel kulit.

3) Cats Claw menggalakan pemulihan DNA pada kulit dan mengelakkan keradangan. Ia juga mampu melindungi dan memperbaiki DNA yang rosak akibat sinaran UV. Ia juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas.

Jom lihat apa kata pengguna Set Nutriwhite Shaklee

  • GLA Shaklee – Gamma-Linoleik Acid (GLA) merupakan sejenis asid lemak omega 6 yang di perlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan prostaglandin bagi menstabilkan hormone dan mengawal atur proses badan yang normal.

  • Mengandungi 2x ganda melebihi EPO biasa, diperkaya dengan vitamin E dan minyak bunga matahari bersifat antioksida, anti penuaan dan ternyata memberikan kesan baik system pertahanan semulajadi tubuh.

 

  • Sifat antioksida vitamin E yang ada di dalam GLA complex membantu menentang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit wajah dan mengawal liang minyak di muka.Kandungan borage oil sangat bagus untuk melembapkan wajah agar tampak berseri.

Testimoni dari pengamal GLA Shaklee

  • Vitamin C Shaklee – menggalakan penghasilan kolagen. Mencerahkan kulit. Menghilangkan kedutan. Memudarkan jeragat. Merawat kulit kasar dan kering.

 

  • Vitamin E Shaklee – membantu memudarkan pigmentasi pada wajah. Selain itu juga bertindak sebagai sun block semulajadi yang melindungi kulit dari dalam.

Testimoni dari pengguna Set Kulit Cantik Shaklee

Tunggu apa lagi. Jika anda masih tercari-cari product kecantikan yang berkesan untuk menghilangkan jeragat dan pigmentasi kulit anda, hubungi saya segera. Saya sedia membantu dan memberikan konsultasi terbaik untuk anda.

 

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Shaklee ID: 960126

FB:Sulhana Shuhaimi

IG: Sulhana_sue

 

Leave a Reply

CommentLuv badge