Cara Untuk Menurunkan Paras Kolesterol Dengan Cepat Dan Berkesan

Tahukah anda bahawa kolesterol itu ada kebaikan dan keburukannya terhadap tubuh? Pada paras yang normal, kolesterol merupakan sebatian yang penting kepada tubuh kita. Walau bagaimanapon, sekiranya kepekatannya di dalam salur darah terlalu tinggi, ia boleh menjadi bahaya di dalam diam dan meletakkan kita dalam keadaan yang berisiko untuk mendapat serangan jantung.

Bagaimanakah cara terbaik untuk menurunkan paras kolesterol dengan cepat dan berkesan agar kita dapat mengurangkan risiko serangan jantung mengejut dan juga masalah tekanan darah tinggi?

Apa itu kolesterol?

Kolesterol merupakan sebatian yang berasaskan minyak atau lemak larut. Sifatnya itu menjadikan ia tidak bercampur dengan darah yang merupakan sebatian seperti air. Oleh itu lipoprotein berperanan sebagai pengangkutan untuk mengangkut kolesterol di dalam saluran darah ke seluruh tubuh kita.

Terdapat dua jenis lipoprotein yang membawa kolesterol di dalam darah iaitu:

  • Low-density lipoprotein (LDL) – kolesterol jenis ini di kenali sebagai kolesterol ‘jahat’.
  • High-density lipoprotein (HDL) – kolesterol jenis ini di kenali sebagai kolesterol ‘baik’.

Apakah Fungsi Kolesterol?

Terdapat 4 peranan utama kolesterol yang mana tanpanya fungsi tubuh kita akan terganggu, iaitu:

  1. Merupakan sebahagian daripada struktur dinding sel.
  2. Membenarkan tubuh untuk menghasilkan Vitamin D.
  3. Membentuk asid hempedu pencernaan di dalam usus.
  4. Membolehkan tubuh untuk menghasilkan hormon tertentu.

Punca Berlakunya Kolesterol Tinggi

Kolesterol tinggi menjadi punca terjadinya masalah saluran jantung tersumbat dan juga serangan jantung. Kolesterol terkumpul adalah sebahagian daripada proses terjadinya saluran jantung tersumbat, atau di panggil atherosclerosis yang mana ‘plaques’ terhasil dan menyebabkan aliran darah menjadi sempit.

Mengurangkan pengambilan lemak dalam pemakanan dapat membantu mengawal paras kolesterol. Lebih detail lagi, ianya sangat membantu sekiranya kita menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi:

  • Kolesterol – daripada sumber haiwan, daging dan keju
  • Lemak Tepu – di jumpai dalam daging, produk tenusu, coklat, makanan yang telah di proses dan makanan bergoreng.
  • Lemak Trans  – di temui di dalam beberapa makanan bergoreng dan makanan yang telah di proses.

Mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti juga menjadi punca kepada meningkatnya paras LDL.

Keturunan atau faktor genetik juga boleh menyumbang kepada masalah kolesterol tinggi. Paras kolesterol yang tidak normal juga boleh berlaku di sebabkan oleh faktor berikut:

  • kencing manis
  • masalah hati atau buah pinggang
  • sindrom polycystic ovary
  • mengandung dan perkara lain yang menyebabkan peningkatan kepada paras hormon wanita.
  • masalah kelenjar tiroid yang tidak begitu serius.
  • pengambilan dadah yang meningkatkan kolesterol LDL dan mengurangkan kolesterol HDL

Apakah Tahap Dan Lingkungan Kolesterol Yang Sihat?

Bagi seorang dewasa, jumlah tahap kolesterol yang kurang dari 200 miligram per deciliter (mg/dL) adalah di kira sihat.

  • Bacaan antara 200 dan 239 mg/dL adalah menghampiri paras tinggi.
  • Bacaan 240 mg/dL dan ke atas adalah di kira tinggi.

Tahap Kolesterol LDL seharusnya kurang daripada 100 mg/dL.

  • 100–129 mg/dL boleh di terima bagi mereka yang tiada masalah kesihatan tetapi perlu di pandang serius bagi mereka yang ada mengalami masalah jantung atau mempunyai faktor berisiko untuk mendapat masalah jantung
  • 130—159 mg/dL adalah menghampiri bacaan tinggi.
  • 160–189 mg/dL adalah tinggi.
  • 190 mg/dL atau lebih adalah di kira sebagai sangat tinggi.

Tahap Kolesterol HDL seharusnya sentiasa lebih tinggi. Bacaan HDL di tahap optimum adalah 60 mg/dL atau lebih.

  • Bacaan yang kurang daripada 40 mg/dL adalah di kira sebagai mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
  • Bacaan daripada 41 mg/dL hingga 59 mg/dL adalah di kira menghampiri tahap bacaan rendah.

Cara Untuk Menurunkan Paras Kolesterol Dengan Cepat Dan Berkesan

Empat perubahan gaya hidup yang di sarankan untuk menurunkan paras kolesterol tinggi atau ingin memastikan bacaan kolesterol berada pada tahap yang normal. Perubahan ini akan mengurangkan risiko serangan jantung atau penyakit saluran jantung tersumbat:

  • mengamalkan pemakanan atau diet yang sihat untuk jantung
  • bersenam dengan kerap
  • mengelak tabiat merokok
  • mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Menurunkan Paras Kolesterol Dengan Cepat Dan Berkesan?

Dua supplement shaklee yang sangat di sarankan untuk membantu menurunkan paras kolesterol dengan cepat dan berkesan:

Omega Guard Berperanan Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’

Omega Guard shaklee merupakan minyak ikan yang kaya dengan Omega 3. Ia mengandungi 999 mg omega-3 dalam setiap hidangan. Kelebihan minyak ikan shaklee ialah ia menjalani 3 kali penyulingan untuk menyingkirkan bahan tercemar seperti merkuri menjadikan omega guard Shaklee sangat berkualiti.

Omega 3 membantu meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ dalam darah. Ianya berfungsi dengan menghantar kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan dari tubuh kita. Bermakna Omega 3 dalam minyak ikan ini membantu ‘membersihkan’ mendakan plak pada arteri sekaligus mencegah dari serangan stroke.

Phytocol-ST Membantu Mencegah Mendakan Plak Pada Arteri

Phytocol-ST Shaklee di perbuat daripada gabungan sterol dan stanol. Ia membekalkan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.

Sterol dan stanol tumbuhan merupakan sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian.

Oleh kerana stenol dan stanol mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, mereka akan saling bersaing untuk penyerapan dan sekaligus dapat membantu menghalang kolesterol jahat dari memasuki saluran darah hingga menyebabkan berlakunya mendakan pada salur darah.

Simulasi Bagaimana Plant Sterols Bertindak

Testimonial

Testimonial Omega Guard Untuk Kolesterol

Terjemahan testimonial dari Ethan Wong – pengguna yang berpuas hati dengan Phytocol ST Shaklee.

” Testimoni Phytocol ST saya sendiri,

Saya mengalami masalah kolesterol LDL tinggi di sebabkan oleh rutin pemakanan saya. Saya sukakan makanan “berlemak” yang sememangnya merupakan diet tipikal rakyat Malaysia.

Di Malaysia, terdapat lebih dari 6 juta orang dewasa seperti saya yang mempunyai masalah kolesterol tinggi.

Di bawah adalah keputusan ujian lab untuk LDL saya. 26-Mar-2014, tahap LDL saya adalah 129mg/dL yang mana berada di paras yang tidak sihat.

Kemudian, saya mula mengambil Phytocol ST dengan 4 tablets setiap hari (2000mg phytosterols). Untuk menguji keberkesanannya, saya berhenti mengambil Omega Guard, Lecithin malah saya mengurangkan pengambilan ESP Soy Protein. Diet saya sangat tidak sihat – di penuhi dengan lemak, kurang fiber, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Apa terjadi selepas 2 bulan? Saya melakukan sekali lagi ujian tahap LDL saya pada 30- May. Keputusan ujian adalah 101mg/dL. Jumlah pengurangan tahap LDL saya adalah sebanyak 22%!!

Jadi saya berharap anda boleh berkongsi Phytocol ST dengan kawan-kawan dan keluarga anda. Pengurangan kolesterol boleh mengurangkan risiko serangan jantung, strok, hypertension dan lain-lain.

Result Sebelum & Selepas Pengambilan Phytoscol ST

Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi tidak memberikan sebarang tanda atau simptom yang jelas. Melainkan kita melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin melalui ujian darah biasa. Hubungi saya segera untuk dapatkan vitamin anda sekarang. Kelewatan untuk mencegah kolesterol tinggi boleh mengundang serangan jantung atau strok kepada anda dalam diam.

atau anda juga boleh order sendiri dengan hanya satu klik

Ingin mendaftar sebagai ahli dan menikmati kelebihan sebagai ahli shaklee, klik gambar di bawah.

*Disclaimer

Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kesan penggunaan juga berbeza-beza mengikut kesesuaian individu.

Leave a Reply

CommentLuv badge