Archive of ‘Endometriosis’ category

9 Simptom Dan Risiko Penyebab Endometriosis Yang Perlu Di Ambil Tahu

Endometriosis adalah suatu keadaan di mana tisu yang di gelar endometrium tumbuh di kawasan luar rahim. Dalam keadaan yang normal tisu endometrium ini melitupi bahagian dalam uterus atau rahim kita. Namun dalam keadaan luar biasa, tisu ini tumbuh di kawasan luar rahim juga di bahagian organ-organ pembiakan seperti ovari dan tiub fallopian. Dalam kes terpencil ia juga boleh tumbuh pada bahagian usus kecil , dubur atau pundi kencing.

Semasa kedatangan haid, lapisan yang berada di dalam uterus ini akan dikeluarkan melalui faraj sebagai darah haid. Tetapi darah daripada tisu endometrium yang tumbuh di kawasan luar rahim tidak mempunyai tempat untuk keluar. Akibatnya, lama kelamaan ia akan terus menebal, membentuk cyst, scar tissue dan adhesion yang boleh mengganggu kesuburan.

Sesetengah wanita yang mengalami masalah ini tidak merasai sebarang ketidakselesaan. Jika ada mungkin sedikit. Namun sesetengah yang lain akan mengalami kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa berlakunya kitaran haid. Apakah simptom-simptom tersebut?

(more…)