Archive of ‘Jeragat/Pigmentasi’ category

Punca Jeragat Ketika Hamil Dan Cara Mengatasinya

Ramai di kalangan kita ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat ketika hamil atau lebih di kenali sebagai melasma. Ianya terbentuk ketika hamil dan kebanyakannya tetap ada walaupon setelah bersalin. Paling mengerikan ianya teramatlah sukar untuk di hilangkan. Namun ada juga yang mengalaminya selepas melahirkan bayi.

Berbeza dengan jeragat biasa, melasma berbentuk seperti tompokan besar dengan warna coklat yang jelas ketara berbanding warna asal kulit wajah kita. Ia sering terjadi pada bahagian dahi, pipi, dagu dan atas bibir.

Tahukah anda bagaimana ianya terjadi? Adakah cara untuk mengatasinya?

(more…)

Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan

Masalah jeragat pada muka terjadi apabila kulit wajah kita sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari atau UV. Terdapat dua jenis sinaran UV yang asas iaitu UV-A dan UV-B.

UV -A boleh menembusi hingga ke dalam lapisan dermis kulit kita. Ia mampu merosakkan fungsi kolagen hingga menyebabkan berlakunya penuaan sebelum waktunya seperti kulit berkedut dan kusam.

Manakala UV-B pula boleh menembusi lapisan paling atas kulit kita iaitu epidermis. Kulit yang terdedah kepada UV-B terlalu lama akan mengaktifkan sel melanocytes untuk meningkatkan pengeluaran melanin.

Melanin merupakan pigment yang memberi warna gelap pada kulit. Apabila melanin semakin banyak terhasil, lama kelamaan warna gelap pada kulit ini akan kelihatan semakin jelas maka terbentuklah jeragat.

(more…)

Cara Untuk Menghilangkan Jeragat dan Pigmentasi Dengan Cepat

Sebut sahaja jeragat terus kita terbayangkan kulit wajah yang bertompok-tompok. Ada yang tompokan kecil-kecil dan ada yang tompokan besar berwarna gelap atau coklat gelap. Tentu kita berasa malu dan kurang keyakinan diri bila masalah ini membelenggu diri kita. Lebih-lebih lagi kaum wanita seperti kita yang sentiasa ingin tampil cantik di mata suami bagi yang sudah berkahwin dan tampil cantik di mata lelaki bagi yang masih bujang.

Namun tahukah anda terdapat banyak punca mengapa terjadinya masalah jeragat ini? Untuk mengatasinya kita perlu kenali terlebih dahulu puncanya.

(more…)