Archive of ‘Mengantuk’ category

Atasi Masalah Mengantuk Tanpa Pengambilan Kafein

Mengantuk merupakan perkara biasa bagi manusia yang normal. Namun begitu, jika terlalu kerap mengantuk terutama pada waktu yang tidak sepatutnya, ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Sebagai contoh, statistik kemalangan di Malaysia menunjukkan antara faktor utama yang menyebabkan kemalangan jalanraya adalah mengantuk atau tertidur ketika memandu. Selain itu, mengantuk juga boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti hilangnya tumpuan di dalam kelas bagi pelajar, kurangnya komunikasi antara suami dan isteri bagi yang sudah berkahwin dan hilangnya tumpuan di tempat kerja hingga menyebabkan kelalaian. Percaya atau tidak majoriti antara kita akan memilih minuman berkafein untuk atasi masalah ini. Tahukah anda pengambilan kafein yang kerap dan berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan kita? Adakah pengambilan kafein merupakan penyelesaian yang terbaik?

(more…)