Archive of ‘Nafas/Mulut Berbau’ category

Atasi Masalah Nafas Dan Mulut Berbau

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Kebiasaanya nafas berbau ini berlaku selepas kita bangun dari tidur. Tetapi jika setelah memberus gigi nafas masih tetap berbau sepanjang masa ini menandakan seseorang itu menghadapi masalah nafas berbau. Bagi seseorang yang menghadapi masalah ini ia mungkin agak memalukan. Untuk menegur kawan mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Lebih-lebih lagi kawan baik. Sesetengah orang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi mungkin akan berasa malu hingga menyebabkan hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari masyarakat. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.

(more…)