Archive of ‘Sembelit’ category

Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin

Masalah sembelit selepas melahirkan anak adalah perkara biasa yang di alami oleh ramai wanita walaupun tidak mengalaminya semasa mengandung. Statistik menunjukkan kira-kira 20% daripada ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan anak. Ibu-ibu yang melahirkan anak di hospital secara psikologinya berasa tidak selesa untuk menggunakan tandas hospital. Tambahan pula, jahitan dan lebam yang di sebabkan oleh kelahiran bayi membuatkan ibu-ibu berasa bimbang untuk ke tandas bagi membuang air kecil mahupun besar. Ibu-ibu yang mengalami sembelit akan mula berasa tidak selesa beberapa hari selepas melahirkan anak. Masalah ini perlu di atasi segera agar ibu-ibu tidak mengalami masalah lain seperti buasir.

(more…)

Tips Atasi Masalah Anak Sembelit

Sembelit di kalangan anak-anak kecil seringkali terjadi terutama kepada anak-anak kecil yang mengambil susu formula. Begitu juga saya, tidak terlepas dari merasa pengalaman tersebut dengan Si kecil saya Muhammad Ammar Rayyan yang berusia setahun setengah.

Menurut kajian, susu formula sukar untuk di hadamkan dan di serap ke dalam usus berbanding susu ibu yang mudah di hadam dan mudah untuk di serap oleh usus anak-anak kecil. Sungguh bertuah kepada ibu-ibu yang dapat menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun.

(more…)