Ketahui 7 Kebaikkan Minum Air Masak

Tahukah anda bahawa tubuh kita boleh bertahan selama berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi hanya beberapa hari sahaja tanpa air. Kenapa ini berlaku?

Ya, sebenarnya hampir 50% ke 75% tubuh kita terdiri daripada air.  Air di dalam tubuh kita membantu pembentukkan sel darah, enzim untuk penghadaman, air kencing dan juga peluh. Selain itu, air juga terkandung dalam otot, lemak dan tulang kita.

Namun begitu, di sebabkan tubuh kita tidak boleh menyimpan air, kita sentiasa memerlukan bekalan air segar untuk memastikan organ-organ dalaman kita seperti peparu, jantung, kulit dan sistem penghadaman kita dapat berfungsi dengan baik dan melakukan peranan mereka secara berterusan untuk memastikan kita terus hidup.


 7 Kebaikkan Meminum Air Masak

Setiap pelanggan yang membeli supplement Shaklee dengan saya, saya akan sentiasa mengingatkan mereka untuk memastikan mereka minum air masak secukupnya tidak kira atas tujuan apa mereka mengamalkan supplement tersebut. Ini kerana air masak dapat membantu mengurangkan kesan healing crisis yang di alami dan juga membantu untuk mereka mencapai kesan optimum terhadap vitamin yang di amalkan. 7 kebaikkan meminum air masak adalah:

  1. Air masak membantu tubuh melancarkan aktiviti-aktiviti sel di dalam tubuh dengan membawa nutrien dan oksigen ke sel-sel tubuh kita. Sebab itulah air masak di katakan sangat penting bagi kita yang mengamalkan pengambilan supplement.
  2. Pengambilan Air masak yang cukup boleh memantapkan metabolisme badan kita. Air masak membantu melancarkan sistem penghadaman dengan memastikan kita tidak mengalami sembelit walaupun sedang ‘berdiet’ dan sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
  3. Pengambilan Air masak yang cukup juga mampu menjadikan kulit kita semakin cantik dan lembut. Ini kerana sel-sel kulit kita memerlukan lemak dan air yang cukup untuk kekal lembap dan tidak kering.
  4. Air masak menjadi medium pelarut nutrien. Bagi kita yang mengamalkan vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C, pengambilan air masak adalah sangat penting. Air akan melarutkan vitamin tersebut dan seterusnya membawa kesemua nutrien tersebut ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
  5. Pengambilan Air masak yang cukup dapat mengelakkan tubuh kita dari terhidrasi. Apabila tubuh kita kekurangan air, kita akan merasa lemah, keletihan dan sakit kepala. Oleh itu amalan meminum air masak sangat di galakkan supaya kita sentiasa kekal cergas dan sihat untuk melakukan aktiviti seharian. Sebab itulah ibu yang menyusukan anak sangat-sangat perlu minum air masak secukupnya.
  6. Air masak tidak mengandungi kalori. Sebab itulah bagi anda yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan di galakkan untuk minum air masak dari minum minuman yang bergula seperti teh tarik, kopi dan sebagainya. Tetapi bagi anda yang mengamalkan diet tinggi protein dan tinggi serat air di perlukan untuk mengelakkan dari masalah sembelit.
  7. Air masak yang cukup boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain. Salah satu punca migrain adalah kerana kekurangan bendalir dalam badan. Dengan meminum air masak yang banyak dapat mengurangkan risiko migrain.

Cara Untuk Kira Jumlah Air Masak Yang Diperlukan Oleh Tubuh Kita

Jumlah air masak yang di perlukan oleh seseorang individu itu adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz badan kita, tahap metabolisme badan kita, iklim di negara kita, makanan yang kita makan dan tahap keaktifan kita dalam melakukan aktiviti seharian. Namun kaedah berikut boleh di jadikan panduan untuk kita menentukan jumlah air yang diperlukan oleh badan kita.

Setiap 25kg berat kita = 1 Liter air

Contoh: Berat badan saya adalah 55kg. Maka keperluan air dalam tubuh saya: 

55kg/25kg = 2.2 Liter air

Tips Untuk Minum 8 Gelas Air Sehari

Berikut adalah tips-tips yang kita boleh cuba untuk memastikan kita minum air masak secukupnya.

  • Beli botol air yang menggunakan straw & ada sukatan. Kenapa perlu ada straw dan sukatan? Perlu ada straw supaya lebih mudah untuk di minum dan sukatan tersebut membantu kita untuk mengetahui jumlah air yang sudah atau belum di minum. Sentiasa letakkan botol tersebut di depan kita supaya kita sentiasa ingat kepada aim kita untuk minum air masak secukupnya.
  • Amalkan minum air masak sebanyak 2 gelas setiap kali sebelum makan. Setiap kali sebelum sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan tengahari cuba pastikan kita minum air sebanyak 2 gelas. Apabila kita minum air sebelum makan kita akan berasa kenyang dan seterusnya membuatkan kita kurang makan. Sebab itulah mereka yang sedang menurunkan berat badan di galakkan minum air secukupnya.
  • Amalkan minum 300ml air masak setiap kali sebelum dan selepas solat 5 waktu. Bagi kita yang beragama Islam bolehlah cuba tips ini. Setiap kali sebelum dan selepas solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak minum 300ml air masak. 300ml x 10kali minum air = 3000ml = 3L sehari.

Bagi anda yang ingin dapatkan supplement shaklee untuk kesihatan yang optimum jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge