6 Langkah Mudah Untuk Rawat Kulit Muka Di Rumah

Jangan tak percaya ya, dengan hanya 6 langkah mudah kita dah boleh rawat pelbagai masalah kulit muka agar jadi segar berseri dan tidak kusam lagi. Lagi best kita boleh lakukannya sendiri di rumah. Tak perlu lagi nak bersusah payah untuk buat facial treatment di luar. Tak adalah kita risau tentang skincare apa yang di gunakan. Adakah ia selamat, sesuai atau tak dengan kulit kita.

Apa yang penting, perlu rajin, konsisten dan istiqomah. Selain itu pemilihan skincare juga penting. Pilihlah set skincare semulajadi 100% bebas kimia kerana ianya mempunyai banyak kebaikan.

(more…)

5 Kelebihan Menggunakan Set Skincare Semulajadi 100% Bebas Kimia

Macam-macam jenis skincare ada di tawarkan dalam pasaran Malaysia sekarang. Ada yang menawarkan kesan putih yang cepat, kesan jerawat hilang sekelip mata, kesan jeragat yang lenyap tiba-tiba, parut yang pulih sepantas kilat dan macam-macam lagi lah.

Tapi tahukah anda berapa banyak kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya sehingga boleh memberi kesan sedemikian rupa? Bagi saya yang mempunyai kulit sensitif memang sangat takut untuk menggunakan skincare yang sebarangan. Saya lebih tertarik kepada penggunaan skincare semulajadi 100% bebas kimia.

Bagaimana untuk memastikan skincare yang kita guna betul-betul selamat, semulajadi dan dalam masa yang sama berkesan?

(more…)

Pengaruh Pemakanan Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak

Kebanyakkan ibu bapa pada masa kini sudah mula sedar tentang kepentingan pemakanan sihat terhadap perkembangan anak-anak. Ramai di kalangan ibu bapa yang berusaha untuk memberikan makanan yang terbaik untuk anak-anak.

Namun sejauh mana kita mampu mengawal pemakanan anak kita setiap hari. Ada di kalangan ibu bapa yang berkerja dan terpaksa menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh. Ada ibu bapa yang hanya bekalkan duit belanja untuk anak makan apa yang ada di kantin sekolah. Memang tidak di nafikan di sebabkan oleh tuntutan hidup kita terpaksa berbuat demikian.

Oleh yang demikian, apakah cara terbaik untuk kita memastikan anak kita sentiasa mendapat nutrisi yang cukup setiap hari agar perkembangan otak dan tumbesaran anak-anak kita tidak terbantut dan dalam masa yang sama sistem imunisasi anak-anak kita juga kuat untuk menentang pelbagai penyakit yang wujud pada masa kini.

 

(more…)

Menarik Ke Bonus Pengedar Shaklee

Menarik sangat ke bonus yang di tawarkan oleh shaklee kepada pengedarnya yang berdaftar? Hari-hari kami SID (Shaklee Independent Distributor) ni dok canang pasal Shaklee. Mahunya tak menarik. Kalau tak best tak kan la kami para SID ni masih setia bersama bisnes shaklee kan.

Sistem pembayaran bonus sahaja dah cukup unik. Kenapa saya kata unik. Unik sebab sistem pembayaran bonus shaklee adalah di patenkan. Maksudnya tiada syarikat MLM lain yang boleh ‘copy paste’ cara pembayaran bonus shaklee. Kalau tiru boleh di saman tau!!

(more…)

Cara Hilangkan Sakit Gout Dengan Cepat

Gout adalah salah satu dari penyakit Arthritis atau penyakit yang melibatkan keradangan pada bahagian sendi. Ianya sering terjadi secara tiba-tiba dan mendatangkan kesakitan yang teramat sangat kepada penghidapnya.

Antara bahagian sendi yang sering terjadinya gout adalah kaki dan tangan. Apabila ianya menyerang, bahagian sendi kaki atau tangan akan menjadi bengkak sehingga sukar untuk di gerakkan.

Tahukah anda punca dan cara untuk mencegah gout dari berulang?

(more…)

Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering Bagi Anak Eczema

Anak sulung saya Ammar mula terkena eczema sejak lahir lagi. Eczema pertama terjadi kat bahagian pipi dia. Mulanya saya ingat kan cuma ruam biasa, orang tua kata kurap susu.

Tapi lepas dah cuba pelbagai petua seperti letak tepung ubi, tetap jugak tak menjadi. Malah makin teruk, jadi merah-merah dan Ammar mula menampakkan seperti nak menggaru sebab gatal.

Habis je pantang, cukup 44hari saya dan suami decide nak bawak Ammar jumpa pakar kanak-kanak. Dan doktor pon mengesahkan itu adalah eczema.

(more…)

5 Cara Menegangkan Kulit Muka Agar Kelihatan Muda

Memiliki kulit muka yang tegang tanpa kedutan adalah idaman setiap wanita. Lebih-lebih lagi apabila usia kita semakin meningkat. Sudah tentu kita menginginkan kulit muka yang sentiasa awet muda. Untuk mendapatkan kulit muka yang awet muda perlulah bermula dari sekarang kerana penghasilan kolagen dalam tubuh kita semakin menurun seiring dengan peningkatan usia kita. Kita bukan sekadar perlu mengamalkan vitamin untuk dalaman malah kita juga perlu rajin untuk mengenakan set penjagaan kulit muka yang sesuai.

Namun pada masa kini agak sukar untuk mendapatkan set penjagaan kulit muka yang selamat dari bahan kimia berbahaya. Ramai di kalangan kita yang pernah menjadi mangsa untuk product-product kecantikan yang menawarkan kesan yang pantas dan harga yang murah tetapi sebenarnya ia merosakkan sel-sel kulit muka kita. Ini menyebabkan kulit kita menjadi kusam dan kelihatan tua dari usia sebenar.

(more…)

Supplement Untuk Kualiti Sperma Lelaki

Menurut article Utusan Online (17 Feb 2013), dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan, dua darinya berpunca dari wanita, dua darinya berpunca dari lelaki dan satu lagi merupakan gabungan kepada kedua-duanya.

Ini bermaksud, salah satu punca yang menyumbang kepada pasangan tidak mempunyai cahaya mata adalah di sebabkan oleh masalah kesuburan dari pihak lelaki.

Dalam kebanyakan situasi, ia di takrifkan sebagai masalah sperma yang tidak normal. Namun ada juga yang berpunca dari masalah lain seperti ejakulasi pramatang dan masalah fungsi ereksi.

Antara punca yang menyumbang kepada masalah ketidak suburan lelaki adalah merokok, obesity, amalan gaya hidup yang tidak sihat, masalah persekitaran yang boleh memudaratkan, pengambilan dadah dan ubat-ubatan tertentu.

Namun, tahukah anda bagaimana yang di maksudkan dengan sperma tidak normal?

(more…)

Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Berganda

Bisnes modal kecil tapi untung berganda. Masih wujud ke bisnes macam ni zaman sekarang? Jangan tak percaya ya, memang ada bisnes yang macam ni wujud di Malaysia. Terus terang dulu saya memang tak pernah terfikir pon nak berbisnes ni.

Tapi bila saya hampir di berhentikan kerja, saya decide untuk terjun ke dalam bisnes online secara serius. Bukan apa, kita dah terbiasa ada duit gaji sendiri. Tentu rasa tak best kalau tiba-tiba sahaja dah takde duit masuk dalam bank. Lagipon bila ada duit sendiri boleh juga ringankan tanggungjawab suami.

(more…)

1 2 3 4 7