Tips Untuk Luka Pembedahan Caesarean Cepat Sembuh.

Bersalin secara pembedahan Caesarean bukanlah satu perkara yang luar biasa pada masa kini. Ini kerana bukan semua wanita di dunia ini yang bakal bergelar ibu di beri peluang oleh-Nya untuk melahirkan anak secara normal. Setiap ibu yang bakal melahirkan anak pasti berdepan dengan pelbagai risiko atau masalah hingga menyebabkan mereka terpaksa memilih untuk bersalin secara Caesarean. Sama ada bersalin secara normal mahupun Caesarean, mereka tetap mempertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat mereka ke dunia ini.

(more…)

Petua Rambut Gugur Untuk Lelaki Dan Wanita

Masalah rambut gugur seringkali terjadi kepada orang dewasa tidak kira lelaki atau wanita. Jika masalah ini berterusan menghantui kita sudah tentu kita akan mula hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Lebih-lebih lagi orang yang tersayang. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu mengkaji terlebih dahulu punca mengapa terjadinya masalah rambut gugur ini.

 

(more…)

Tips Untuk Membantu Masalah Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

Masalah patah tulang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia. Sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas. Apabila ini terjadi sudah tentulah kita akan mendapatkan rawatan di hospital untuk memastikan tulang patah ini dapat di rawat segera. Menurut artikel yang di tulis oleh Better Health Channel, tulang yang patah akan sembuh dengan sendirinya. Namun begitu, tujuan rawatan perubatan adalah untuk memastikan tulang yang patah itu berada pada kedudukan asalnya. Contohnya pembedahan memasukkan rod atau kepingan logam. Tujuannya adalah untuk memegang dua bahangian tulang yang patah tersebut agar berada pada kedudukan yang selari.

(more…)

5 Destinasi Percutian Yang Saya Impikan

5 destinasi percutian yang saya impikan untuk pergi bersama orang-orang tersayang sebelum saya di soal oleh Munkar dan Nankir. Kenapa 5? Kenapa bukan 10, 20 atau 50? Kata orang semakin besar impian seseorang itu semakin tinggi usaha yang akan dilakukan untuk memastikan impian tersebut tercapai. Sebenarnya terlalu banyak tempat yang saya impikan untuk pergi. Cuma yang 5 ini merupakan tempat yang paling paling paling paling paling saya nak pergi. Apakah tempat-tempat itu? Kenapa tempat itu menjadi pilihan saya? Bagaimana untuk saya memastikan impian saya tercapai?

(more…)

Atasi Masalah Ulser Mulut Dari Berulang

Kalau kena ulser mulut memang azab. Nak-nak kalau kena lebih dari satu kat dalam mulut dan bibir. Memang seksa nak makan. Walaupun kita tengah lapar dan depan mata ada makanan yang best-best pun boleh hilang selera di sebabkan ulser mulut. Mana tak nya baru nak telan makanan dah terkena pada ulser. Makk aiii pedihnya bukan main lagi. Nak bercakap pun sakit. Last-last dari banyak cakap tetiba je jadi pendiam. Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa ada orang yang sangat jarang kena ulser dan ada orang memang kerap kena ulser. Dah la kerap banyak pulak tu sekali tumbuh.

(more…)

Atasi Masalah Mengantuk Tanpa Pengambilan Kafein

Mengantuk merupakan perkara biasa bagi manusia yang normal. Namun begitu, jika terlalu kerap mengantuk terutama pada waktu yang tidak sepatutnya, ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Sebagai contoh, statistik kemalangan di Malaysia menunjukkan antara faktor utama yang menyebabkan kemalangan jalanraya adalah mengantuk atau tertidur ketika memandu. Selain itu, mengantuk juga boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti hilangnya tumpuan di dalam kelas bagi pelajar, kurangnya komunikasi antara suami dan isteri bagi yang sudah berkahwin dan hilangnya tumpuan di tempat kerja hingga menyebabkan kelalaian. Percaya atau tidak majoriti antara kita akan memilih minuman berkafein untuk atasi masalah ini. Tahukah anda pengambilan kafein yang kerap dan berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan kita? Adakah pengambilan kafein merupakan penyelesaian yang terbaik?

(more…)

Tips Atasi Masalah Anak Sembelit

Sembelit di kalangan anak-anak kecil seringkali terjadi terutama kepada anak-anak kecil yang mengambil susu formula. Begitu juga saya, tidak terlepas dari merasa pengalaman tersebut dengan Si kecil saya Muhammad Ammar Rayyan yang berusia setahun setengah.

Menurut kajian, susu formula sukar untuk di hadamkan dan di serap ke dalam usus berbanding susu ibu yang mudah di hadam dan mudah untuk di serap oleh usus anak-anak kecil. Sungguh bertuah kepada ibu-ibu yang dapat menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun.

(more…)

Masalah Kedatangan Haid Lebih Singkat Dari Kebiasaan

Kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza. Ada sesetengah wanita mempunyai kitaran haid yang lebih panjang dan ada yang lebih singkat.

Begitu juga dengan kedatangan haid. Kebanyakan wanita mengalami haid antara lima ke tujuh hari, dengan kitaran haid berlaku setiap 28 hari atau lebih.

Walau bagaimanapun, terdapat wanita yang mengalami haid dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua ke tiga hari. Adakah keadaan ini normal? Perlukah wanita berasa bimbang tentang ini?

(more…)

1 5 6 7