Pengalaman Saya Ambil Vitamin Untuk Ibu Hamil

Pengalaman saya mengandungkan Nur Airis Zulaikha anak kedua saya dengan Set Kehamilan Shaklee memang awesome. Full set premium saya ambil. Dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Di awal kehamilan dulu teruk juga alahan saya sehingga terpaksa kerap ambil MC. Tapi Alhamdulillah morning sickness saya hanya teruk dalam tempoh 2 minggu sahaja. Selepas itu saya dah ok.

Satu perangai saya setiap kali mengandung, masa anak first pon sama. Saya tak boleh minum air masak. Bila minum air masak mulut rasa tak sedap dan loya then nak muntah. Memang tak minum langsung air masak. Asyik minum air manis je. Pastu suka makan aiskrim. Masa anak first saya memang terbawa-bawa sampai memang kurang sangat minum air masak. Tapi bila mengandung anak kedua saya nekad untuk paksa diri saya minum air masak.

Alhamdulillah berkat keazaman saya tu, akhirnya saya boleh minum air masak macam biasa. Punca saya bertekad tu sebabnya saya nak pastikan baby dalam kandungan saya dapat menyerap nutrien sepenuhnya dari vitamin yang saya ambil. Yela ambil supplement ni kena banyakkan minum air masak. Baru la badan kita boleh menyerap kebaikkan vitamin tu dengan baik.

Sepanjang kehamilan, saya memang amalkan kesemua supplement di bawah. Setiap satunya mempunyai fungsinya yang tersendiri. Apa yang saya share ni memang berdasarkan pengalaman saya sendiri.

ESP Shaklee

Esp shaklee ni memang wajib saya bawa bekal dalam kereta setiap pagi. Sambil driving nak ke office tu saya minum sebagai alas perut. Boleh di katakan macam breakfast segera juga lah ni. Tapi breakfast yang berkhasiat. Maklumlah orang mengandung tak boleh perut kosong. Nanti cepat je terasa nak muntah. Ambil Esp ni memang rasa bertenaga je. Sebab ianya mengandungi 9 asid amino penting yang rendah lemak dan bagus untuk kulit.

Semasa mengandungkan ammar saya tak ambil esp ni. Sebab konon manja dan mengada-ngada. Tekak tak boleh telan terus tak mahu ambil. Bila Ammar lahir, kesian Ammar ada masalah ekzema. Bila anak kedua ni saya nekad nak ikhtiar. So saya memang paksa diri untuk ambil esp. Lama-lama jadi suka dan tak boleh kalau sehari tak ambil. Alhamdulillah dengan izin Allah kulit Airis ok sejak lahir. Tak sensitif. Boleh jadi juga sebab dia banyak mewarisi genetik ayah dia. Wallahualam, tapi papepon itu salah satu dari ikhtiar dan usaha saya.

Omega Guard

Masa mengandungkan Ammar saya check up di Kuantan Specialist Hospital. Maklumlah masa tu husband kerja dengan anak syarikat KPJ. So medical benefit memang best la. Datang sini hulur GL je. Hihi. Doktor yang check saya tu doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Dr. Suraya Arshad. Setiap kali jumpa Dr. Suraya dia akan berikan saya minyak ikan. Katanya sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Saya pon makan minyak ikan yang doktor tu beri dari awal kehamilan sehingga lah bersalin.

Tapi anak kedua ni saya check up di Klinik Kesihatan Balok. Klinik kerajaan memang takde kasi minyak ikan. Tak tahulah kenapa. Tapi memandangkan saya dah aware dengan kepentingan minyak ikan, so saya ambil inisiatif sendiri untuk ambil minyak ikan shaklee iaitu omega guard. Mengandungi DHA, EPA dan LA yang diperlukan untuk membantu tumbesaran otak serta baik untuk mata bayi di dalam kandungan. Selain itu rahsia minyak ikan ni, ia membantu agar tumbesaran bayi dalam kandungan kita berada dalam range yang normal. Maksudnya supaya baby kita tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Kalau besar nanti susah pulak ibu nak teran. Silap-silap tak lepas, kena operate pulak.

Vitamin C

Kalau korang perasan klinik kerajaan akan bekalkan 3 vitamin ni untuk ibu-ibu hamil. Vitamin C, vitamin untuk atasi hb low (tak tau apa namanya) dan vitamin asic folik. Sebenarnya ketiga-tiga ni perlu di ambil sekali sebab vitamin C membantu badan kita untuk menyerap nutrien dari vitamin dengan lebih berkesan. Senang cerita vitamin C ni membantu penyerapan secara optimum.

Selain itu vitamin C ni bagus untuk menguatkan sistem imune badan kita agar tidak mudah jatuh sakit. Maklumlah  sistem pertahanan badan ibu time mengandung ni agak lemah sedikit. So saya pilih Vitamin C shaklee sebab ia ada teknologi Sustain Release. Yang mana Vitamin C itu akan kekal berada dan memberi perlindungan dalam tubuh kita selama 5jam. Ianya di lepaskan sedikit demi sedikit secara berperingkat.

Vitalea

Vitalea shaklee ni untuk atasi masalah hb low. Command problem yang di hadapi oleh setiap ibu mengandung. Ia mengandungi kesemua vitamin dan mineral yang di perlukan oleh tubuh kita termasuklah Iron atau zat besi. Makan ni hb memang cantik je. Takde dah nak dengo nurse membebel dan asyik nak kena ulang alik klinik je..hihi..wajib di ambil sekali dengan Vitamin C untuk penyerapan yang baik. Tapi perlu di ingat, tak boleh di ambil dengan air susu atau apa-apa sahaja bentuk kalsium. Kerana kalsium menghalang tubuh kita untuk menyerap Iron dengan baik. Perlu di jarakkan masanya 1-2 jam.

B-complex

B-complex shaklee mengandungi kesemua jenis vitamin B termasuklah asid folik. Asid folik ni penting sangat untuk membantu pembetukkan sel-sel tubuh bayi semasa dalam kandungan. Lebih-labih lagi semasa di awal kehamilan kerana time tu perkembangan tubuh bayi adalah sangat pesat. Ianya untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecacatan bayi. Bayi yang kekurangan asid folik semasa dalam kandungan boleh mengalami masalah kecacatan pada tulang belakang. Pilihan saya tentulah yang terbaik..shaklee

Ostematrix

Ostematrix ni ada yang panggil pil susu sebab ostematrix ni mengandungi kalsium yang tinggi dalam bentuk pil. Mudah untuk di telan. Maklumlah ada sesetengah ibu tak boleh nak minum susu sebab tekak tak boleh nak terima. Tapi dalam masa yang sama kalsium ni sangat lah penting untuk di ambil. Kalau tak cukup kalsium mula lah ibu-ibu hamil akan rasa sakit gigi, gusi berdarah dan paling command kejang kaki semasa hamil. Kalau ambil ostematrix ni insyaallah tiada lagi masalah kejang kaki atau cramp. Yang paling best ostematrix ni, ia melawaskan untuk membuang air besar. So tiada lagi masalah sembelit. Bahaya tau sembelit masa mengandung ni. Boleh buasir. Dan memang seksa sangat nak membuang.

Testimonial Dari Pengguna Lain

Apa yang saya share ni memang based on pengalaman saya sendiri 100% dan ramai yang dah merasai kebaikkan set hamil shaklee. Apa tunggu lagi. Pilihlah yang terbaik untuk bayi kita sebelum terlambat. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

FB:Sulhana Shuhaimi

IG: Sulhana_sue

3 Comments on Pengalaman Saya Ambil Vitamin Untuk Ibu Hamil

  1. Kak Nab
    November 29, 2016 at 7:27 PM (10 months ago)

    sangat puashati dengan shaklee

    Reply
  2. Iera
    December 9, 2016 at 7:09 AM (10 months ago)

    Info menarik dan padat

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge