Pengaruh Pemakanan Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak

Kebanyakkan ibu bapa pada masa kini sudah mula sedar tentang kepentingan pemakanan sihat terhadap perkembangan anak-anak. Ramai di kalangan ibu bapa yang berusaha untuk memberikan makanan yang terbaik untuk anak-anak.

Namun sejauh mana kita mampu mengawal pemakanan anak kita setiap hari. Ada di kalangan ibu bapa yang berkerja dan terpaksa menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh. Ada ibu bapa yang hanya bekalkan duit belanja untuk anak makan apa yang ada di kantin sekolah. Memang tidak di nafikan di sebabkan oleh tuntutan hidup kita terpaksa berbuat demikian.

Oleh yang demikian, apakah cara terbaik untuk kita memastikan anak kita sentiasa mendapat nutrisi yang cukup setiap hari agar perkembangan otak dan tumbesaran anak-anak kita tidak terbantut dan dalam masa yang sama sistem imunisasi anak-anak kita juga kuat untuk menentang pelbagai penyakit yang wujud pada masa kini.

 

5 Punca Kanak-Kanak Tidak Mendapat Diet Yang Seimbang

  • Masalah Kewangan

Tidak semua keluarga di negara ini mempunyai kewangan yang kukuh. Ada di kalangan kita yang hanya cukup-cukup makan sahaja. Di sebabkan itu kita cenderung untuk memilih makanan yang menjimatkan tanpa mementingkan dari segi khasiatnya.

  • Kanak-kanak memilih makanan (picky eater)

Ramai di kalangan ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Kanak-kanak cenderung untuk memilih makanan yang mereka ingin makan sahaja. Malangnya makanan yang mereka pilih biasanya makanan yang kurang dari segi nutrisi. Lebih dahsyat mereka seolah-olah takut terhadap sayur-sayuran.

  • Ketagih kepada makanan ringan

Bila anak-anak kita mula bersekolah agak sukar untuk kita control apa yang mereka makan. Biasanya mereka cenderung untuk membeli makanan ringan. Ada juga di kalangan ibu bapa yang gemar membeli makanan ringan untuk memujuk anak atau sebagai ganjaran. Sudah tentu secara tak langsung kita telah menggalakkan anak kita untuk ketagih kepada makanan ringan.

  • Kekangan Masa

Ramai ibu yang bekerja pada masa kini adakalanya memilih cara yag paling ringkas untuk memasak. Sebagai contoh ibu bapa cenderung untuk membeli makanan dalam tin seperti sardin, sos spagheti dan biskut. Makanan frozen juga banyak di jual di pasaraya seperti nugget, fries dan sebagainya yang membantu memudahkan kerja-kerja memasak di dapur.

Kekangan masa juga membuat kita sebagai ibu bapa cenderung untuk makan di luar berbanding memasak sendiri di rumah.

  • Allergik Terhadap Makanan Tertentu

Ada sesetengah kanak-kanak yang allergik terhadap makanan tertentu. Ini boleh menyumbang kepada kesukaran kepada kanak-kanak untuk menerima nutrisi secukupnya kerana kita sebagai ibu bapa akan lebih berhati-hati dalam memberi makanan kepada anak-anak kita.

Bagaimana Nutrisi Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak?

Setiap makanan yang masuk ke dalam mulut anak-anak kita akan mempengaruhi perkembangan minda, emosi dan sifat mereka. Ini kerana setiap nutrisi yang mereka terima mempunyai peranannya yang tersendiri. Sebagai contoh:

  • Pemakanan yang kaya dengan omega-3 akan mempengaruhi perkembangan sel-sel otak anak-anak. Omega-3 boleh membantu menghubungkan sel-sel otak anak agar mereka menjadi bijak dan aktif berfikir.

  • Mineral seperti kalsium dan vitamin B bukan sahaja penting untuk tumbesaran anak-anak. Malah ia juga mampu mempengaruhi sistem emosi anak-anak. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang mendapat khasiat mempunyai lebih banyak peluang untuk mengalami autisme, kebimbangan, kemurungan, bahkan skizofrenia.
  • Agak sukar untuk mempercayai yang pemakanan mempengaruhi sifat anak-anak kita. Namun anak-anak yang cukup khasiat akan cenderung untuk lebih aktif dan sihat. Lebih petah bercakap dan cepat belajar.

Cara Untuk Pastikan Kanak-Kanak Mendapat Nutrisi Selengkapnya

Selain dari pemakanan yang sihat, kita juga di galakkan untuk memberi vitamin dan supplement untuk kanak-kanak. Tujuan pengambilan vitamin adalah untuk merapatkan jurang nutrisi yang wujud di kalangan anak-anak kita.

Kelebihan apabila kita mengambil vitamin adalah lebih mudah untuk kita sebagai ibu bapa memastikan keperluan nutrisi anak-anak kita cukup untuk sehari. Ini kerana hanya dengan sukatan atau tablet tertentu sudah mencukupi untuk kita pastikan anak-anak kita mendapat nutrisi yang cukup.

Tapi ini tidak bermakna anak-anak langsung tidak memerlukan sayur-sayuran atau buah-buahan untuk di makan kerana vitamin bukanlah untuk menggantikan makanan. Pengambilan vitamin yang lengkap dengan nutrisi juga menggalakan kekuatan dari segi sistem imunisasi kanak-kanak.

Vitamin Shaklee Untuk Kanak-Kanak

Mealshake Shaklee.

Multivitamin dalam bentuk minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Rasa Vanilla yang sedap sesuai untuk kanak-kanak.

  1. Nutisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu, kaya protein dan membantu pembinaan tulang, kuku, organ, darah imun dan lain-lain.
  2. Mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  3. Diet terbaik yang memberi kesan rasa kenyang lebih lama. Breakfast on the go yang sesuai untuk semua golongan.
  4. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang membantu tumbesaran.
  5. Kaya dengan serat untuk membantu atasi masalah sembelit dan masalah usus.
  6. Bertindak seperti multivitamin dalam bentuk serbuk yang mudah di bancuh.

Vitalea For Kids

Multivitamin dalam bentuk tablet. Di hasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif. Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat.

Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semula jadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi.Bebas gluten dan berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja.

Testimonial Dari Ibu-Ibu Yang Telah Memilih Vitamin Untuk Kanak-Kanak Shaklee

 

Kesimpulannya nutrisi yang cukup dan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Malah kepentingan menjaga nutrisi untuk kanak-kanak bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Hubungi saya segera untuk dapatkan vitamin anak anda hari ini juga.

 

*Disclaimer:

Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge