Tips Memilih Serum Muka Untuk Jeragat Yang Selamat Dan Berkesan

Wanita dan kecantikan sememangnya sinonim. Semakin meningkat usia kita semakin kritikal untuk menjaga dan melindungi kulit wajah kita dari di mamah usia di sebabkan oleh kedutan dan jeragat. Jeragat dan kedutan sememangnya merosakkan imej wanita.

Tahukah anda terdapat banyak serum yang di jual di pasaran yang boleh membantu mengatasi masalah ini? Tapi bagaimana untuk kita memilih yang betul-betul berkesan dan selamat di gunakan tanpa merosakkan kulit wajah.

Jom kita ikuti tips memilih serum muka untuk jeragat dan kedutan yang selamat dan berkesan.

Apa Itu Serum Wajah?

Serum wajah adalah product untuk penjagaan kulit yang kita gunakan selepas membersih tetapi sebelum kita mengenakan pelembap pada wajah. Ia bertujuan untuk membekalkan ramuan yang hebat ke dalam kulit wajah secara terus.

Serum wajah sangat sesuaian untuk melakukan tugas ini kerana ia terhasil daripada molekul yang lebih kecil yang boleh menembusi secara mendalam ke dalam kulit dan membekalkan ramuan aktif dengan kepekatan yang tinggi.

Ini menjadikannya sebagai alat yang sangat hebat untuk set penjagaan kulit mengatasi masalah kulit yang lebih spesifik seperti kedutan di wajah dan jeragat.

Tips Memilih Serum Muka Yang Selamat Dan Berkesan

Terdapat banyak serum yang di jual di pasaran. Tapi macam mana untuk kita pastikan yang ianya benar-benar berkesan tapi dalam masa yang sama tidak mendatangkan kemudaratan kepada kulit wajah kita di kemudian hari.

  • Pastikan ramuan atau bahan-bahan di dalam serum tersebut adalah dari sumber botanikal semulajadi.
  • Pastikan ianya tidak menggunakan bahan kimia berbahaya yang sering dan banyak di gunakan di dalam product penjagaan kulit seperti merkuri.
  • Mempunyai kajian saintifik yang ulung dan di uji secara klinikal malah kajiannya dan teknologinya di patenkan.
  • Serum yang berkesan mampu mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit.
  • Serum yang berkesan mampu membekalkan nutrien kepada kulit agar dapat menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin

Apakah Serum Wajah Yang Selamat Dan Berkesan Serta Di uji Secara Klinikal?

Memperkenalkan Youth Serum Shaklee. Satu-satunya serum yang menggunakan kuasa botani di dalam kandungannya. Ia juga di uji secara klinikal dan mempunyai kajian yang hebat selama 8 tahun.

Kandungan utama Youth Serum Shaklee:

APPLE STEM CELL EXTRACT


Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mampu mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit. Ini menjadikan kulit kita kelihatan lebih muda. Ia juga mampu mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kita tampak berseri dan lembut, dalam jangka masa yang lebih lama.

LOTUS JAPONICUS


Selain Apple Stem Cell Extract Youth Serum Shaklee juga di gabungkan dengan Lotus Japonicus iaitu sejenis tumbuhan semulajadi yang mampu untuk mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel. Ianya penting bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin yang memberikan kesan kulit tegang dan menghilangkan kedutan.

ENCAPSULATED VITAMIN A

Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A yang merupakan salah satu dari sumber antioksidan yang baik untuk kulit. Sumber nutrientnya di ambil dari Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang mana mampu membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga untuk menyokong struktur kulit yang sihat. Nutrien ini juga penting untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel yang sihat.

Serum Youth Shaklee Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Testimonial

Berikut adalah testimonial dari pengguna serum shaklee. Selain serum mereka juga turut menggunakan set youth shaklee seperti pencuci muka, pelembap dan toner. Mereka juga turut mengamalkan vitamin shaklee untuk merawat masalah kulit dari dalam.

Jeragat di wajah semakin pudar

Kulit kelihatan lebih tegang dan cerah berseri

Kesan parut pada wajah semakin pudar

Jadi tunggu apa lagi. Hubungi saya segera untuk dapatkan serum anda hari ini. Di jamin selamat dan berkesan. Jangan biarkan masalah kulit berkedut dan jeragat terus membelenggu diri anda. Saya sedia membantu anda dengan consultation eksklusif sehingga anda berjaya mendapat kulit idaman anda.

Ingin mendaftar sebagai ahli dan menikmati kelebihan sebagai ahli shaklee, klik gambar di bawah.

*Disclaimer

Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kesan penggunaan juga berbeza-beza mengikut kesesuaian individu.

Leave a Reply

CommentLuv badge