Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Meninggalkan Kesan Menggeleber

Ramai orang yang nak kurus. Kalau kita scroll di facebook bermacam-macam cara diet dan resepi-resepi diet sihat di kongsikan oleh netizen yang telah berjaya turunkan berat badan. Tapi perasan tak, ada di kalangan orang yang berjaya kurus mengalami kesan kulit menggeleber atau di panggil ‘flabby skin’. Kenapa ini terjadi? Bagaimana cara terbaik untuk turunkan berat badan tanpa meninggalkan kesan menggeleber atau selulit ini?

Kenapa Terjadinya Kulit Menggeleber Selepas Kurus?

Tahukah anda sangat mudah untuk kita menurunkan berat badan tetapi bukan mudah untuk kita mengekalkan bentuk badan yang cantik. Dengan hanya berdiet dan senaman sudah cukup untuk membuat berat badan kita turun.

Malangnya, bukan hanya lemak sahaja yang hilang, malah kita juga akan kehilangan otot. Apabila kita berdiet, secara tidak langsung kita akan menghadkan jumlah kalori yang di ambil. Situasi ini menyebabkan badan kita kekurangan sumber untuk menghasilkan tenaga.

Maka, badan kita akan mencari sumber tenaga lain iaitu tisu otot. Tisu otot di ibaratkan seperti minyak kepada badan kita apabila badan kekurangan kalori untuk menghasilkan tenaga.

Apabila keadaan ini berterusan ia akan menyebabkan kita kehilangan tisu otot dan akhirnya terjadilah kulit menggeleber atau ‘Flabby Skin’.

Contoh ‘flabby skin’ di bawah lengan

Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Meninggalkan Kesan Menggeleber

Antara tips yang boleh di amalkan untuk memastikan diet kita betul-betul jadi dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan kesan yang tidak di ingini seperti kulit meggeleber ialah:

1) Katakan tidak kepada rokok. Terlalu banyak sebab untuk tidak merokok. selain dari membahayakan kesihatan, merokok juga menyebabkan kerosakkan kepada kulit kita. Ia menjadikan kulit kita kelihatan lebih berusia dari usia sebenar.

2) Ambil protein secukupnya. Perasan atau tidak, setiap kali nutritionist ataupon dietitian bercakap tentang diet, mereka akan tekankan tentang pengambilan protein. Ini menunjukkan bertapa pentingnya protein dalam diet kita seharian. Pengambilan protein yang cukup menjadikan:

  • membina lebih banyak otot dan menjadi lebih kuat
  • kehilangan lebih banyak lemak dan kurang otot
  • berasa lebih kenyang
  • mengekalkan lebih banyak otot mengikut usia sebenar

3) Makan buah-buhan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita semua sedia maklum, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber nutrisi yang baik. Melaluinya, badan kita akan mendapat zat dan garam mineral yang di perlukan oleh tubuh seperti zat besi, vitamin A, B, C, D, E dan K serta banyak lagi. Oleh itu jangan sekali-kali ‘skip’ kedua-duanya.

Sayur-sayuran & Buah-buahan

4) Amalkan supplement yang mengandungi gelatin dan minyak ikan. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pengambilan supplement tetapi percayakah anda supplement dapat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. ia juga membantu mengekalkan keanjalan kulit agar tidak menggeleber.

5) Bersenam. Bersenam sememangnya wajib bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bersenam dapat membantu pembakaran lemak dan mempercepatkan penurunan berat badan. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi. Berzumba sendiri di rumah juga sangat membantu!

Bagaimana Supplement Shaklee Dapat Membantu Mengatasi Masalah Ini?

Memperkenalkan Cinch Shake Shaklee yang  di datangkan dengan 3 perasa yang enak iaitu coklat, vanilla dan caffe latte.

Apakah keistimewaan Cinch Shake Shaklee?

Cinch shake shaklee mengandungi ramuan istimewa iaitu Cinch Pro yang mana ianya merupakan suatu campuran protein eksklusif yang di perkaya dengan asid amino leusine.

Leusine penting untuk membantu mengekalkan otot ketika proses penurunan berat badan. Ia membantu mengelakkan kulit dari menjadi meggeleber akibat dari kehilangan otot.

Cinch shake juga membantu kita yang ingin menurunkan berat badan dengan membantu mengawal selera makan. Ia menjadikan kita berasa kenyang lebih lama dan dapat mengurangkan pengambilan makanan berat secara berlebihan.

Cinch shake kaya dengan protein dari sumber soya non GMO dan kalsium. Ia juga mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram bagi setiap hidangan. Yang paling penting ia merupakan makanan tanpa kolesterol dan membekalkan nutrien seumpama satu hidangan lengkap.

Pendek kata, cinch shake shaklee merupakan penyelesaian yang terbaik bagi kita yang ingin turun berat badan tanpa perlu berlapar dan juga tiada kesan seperti kulit menggeleber.

Lecithin Shaklee

Lecithin shaklee di perbuat dari sumber semula jadi daripada kacang soya. Lecithin di kenali sebagai pengemulsi semula jadi yang membantu menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman dan lebih mudah untuk di hapuskan.

Selain dari bersenam, lecithin juga membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat.

Omega Guard Shaklee

Omega Guard shaklee adalah minyak ikan yang berkepekatan tinggi. Ia membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen. Kebiasaanya Omega-3 tulen  di temui secara semula jadi dalam ikan kecil yang berhabitat di lautan dalaman air sejuk.

Setiap hidangan omega guard shaklee mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 dengan:

  • 546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan
  • 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh.

Fungsi minyak ikan adalah:

  • Ia membantu mengurangkan risiko penyakit seperti strok, sakit jantung dan diabetis.
  • Ia membantu mengurangkan berlakunya keradangan dalam sistem badan kita.
  • Ia membantu memperbaiki mood, kesihatan otak dan perkembangan kognitif
  • Ia membantu menghalang pertambahan berat badan.
  • Ia membantu membakar lemak secara optimum
  • Iamembantu mempercepatkan pertumbuhan tisu otot.

Testimonial

Kisah testimonial di atas,

“Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan. Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee.” – Suami kepada Nadia Ezdianie Norazaman.

Jadi tunggu apa lagi. Jom kurus dengan cara yang sihat dan betul. Kawal pemakanan, bersenam dan amalkan supplement shaklee dengan betul. Hasilnya sangat menakjubkan! Anda bukan sahaja kurus malah sihat serta tiada masalah kulit menggeleber. Hubungi saya segera. Saya sedia membantu anda.

atau anda juga boleh order sendiri dengan hanya satu klik

Ingin mendaftar sebagai ahli dan menikmati kelebihan sebagai ahli shaklee, klik gambar di bawah.

*Disclaimer

Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kesan penggunaan juga berbeza-beza mengikut kesesuaian individu.

Leave a Reply

CommentLuv badge