Tips Untuk Pastikan EBM Cukup Untuk Bayi Sehingga 2 Tahun

Pengalaman ini adalah pengalaman saya sendiri. Bagaimana saya tekad untuk susukan anak kedua saya secara eksklusif sehingga usianya dua tahun walaupon saya bekerja. Semasa anak pertama saya gagal namun ianya tidak mematahkan semangat saya, malah saya belajar dari kesilapan yang lalu.

Saya percaya ramai ibu-ibu yang bekerja di luar sana yang mempunyai impian yang sama seperti saya. Saya tidak nafikan ianya memang mencabar dan memerlukan semangat yang tinggi. Saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya supaya ianya boleh menjadi panduan kepada ibu-ibu lain di luar sana yang sedang berusaha dengan gigih.

Apa Itu EBM?

EBM adalah singkatan kepada frasa bahasa Inggeris iaitu Expressed Breast Milk. Dalam bahasa melayunya adalah susu badan yang di pam dan di ‘pack’ kan. Tujuannya adalah untuk anak-anak menikmati khasiat susu ibu menggunakan botol susu ketika ibu bekerja.

Tips Untuk Pastikan EBM Cukup Untuk Bayi Sehingga 2 Tahun

Tips yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin ianya berguna untuk ibu-ibu di luar sana yang sedang kebuntuan cara. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya.

  • Buat Persediaan Awal

Persediaan awal yang saya maksudkan adalah dari segi diet dan pemakanan kita seharian. Sejak mengandung saya sememangnya telah mengamalkan set hamil shaklee. Boleh ikuti kisah saya di sini. Kemudian di ikuti dengan set berpantang shaklee dan saya teruskan dengan set menyusu shaklee.

Ianya penting supaya tubuh kita mendapat nutrisi yang secukupnya untuk menghasilkan susu. Apabila kita bermula dari awal, maka kita dapat elakkan susu merudum secara mendadak sebaik sahaja selepas habis berpantang. Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah susu merosot selepas habis pantang.

  • Sentiasa Patuh Pada Jadual Waktu Mengepam

Part mengepam ni memang sangat crucial. Penting sangat-sangat untuk kita patuhi waktu mengepam. Saya perasan apabila kita tidak konsisten atau skip waktu mengepam, ia akan mempengaruhi pengeluaran susu pada hari berikutnya. Keadaan lebih ketara apabila bayi kita dah menginjak ke usia setahun lebih.

Breast pump yang saya gunakan

So, cuba untuk tidak skip waktu mengepam walaupon hujung minggu. Tubuh kita seperti sudah di setkan. Apabila kita mengepam tepat pada waktu yang kita selalu pam, maka susu yang terhasil adalah banyak pada waktu itu.

  • Buat Stock

Sepanjang saya mengamalkan set menyusu shaklee, Alhamdulillah EBM sentiasa mencukupi untuk saya bekalkan ke rumah pengasuh setiap hari. Saya memang tak buat stock sebab tiada ruang yang besar untuk saya simpan di dalam peti ais saya. Setiap hari saya akan pam sebanyak 4 plastik (4 auns setiap plastik) semasa di office untuk saya bekalkan kepada bayi saya keesokkannya.

Tapi itulah kesilapan saya, jadi di sini saya sarankan ibu-ibu untuk buat stock bermula dari umur bayi kita setahun. Pada masa ini pengeluaran susu akan mula menurun sedikit. Ini adalah lumrah kerana bayi kita sudah mula makan pelbagai makanan. Susu dah jadi no. 2.

Bila umur bayi dah setahun setengah baru nak buat stock memang tak sempat. Pengalaman saya, bila bayi saya dah masuk setahun setengah, setiap hari saya hanya dapat pam sebanyak 3 plastik (3 auns setiap plastik) sahaja berbanding sebelumnya. So, waktu yang paling sesuai untuk buat stock adalah bila bayi kita dah setahun.

Another 1 month & 10 days to go.

Kalau nak buat stock awal dari lepas pantang pon boleh. Tapi saya lebih suka bekalkan susu yang fresh yang tidak terlalu lama di simpan untuk bayi saya. Sebab itu saya tak buat stock terlalu banyak selepas pantang.

  • Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pengasuh

Anak saya tinggal dengan pengasuh. Alhamdulillah rezeki saya dapat pengasuh yang tidak cerewet dan banyak pengalaman. Macam yang kita sedia maklum, EBM hanya bertahan selama sejam sahaja selepas di panaskan. Jadi sangat penting untuk pengasuh memahami waktu bayi kita betul-betul inginkan susu agar ianya tidak terbazir dan mengundang kepada masalah tak cukup bekalan EBM.

Apa yang saya lakukan ialah sentiasa bertanya sama ada susu yang saya bekalkan cukup atau tidak. Berapa auns yang bayi saya minum setiap sesi. Supaya saya boleh ready kan setiap plastik EBM mengikut jumlah yang bayi saya minum setiap satu sesi.

  • Konsisten Dan Tidak Skip Pengambilan Supplement.

Ibu menyusu sememangnya sangat memerlukan supplement. Supplement membantu melengkapkan jurang nutrisi. Nutrisi yang cukup dapat menjadikan ibu lebih bertenaga dan dapat menghasilkan susu secukupnya mengikut keperluan bayi.

Lebih-lebih lagi apabila kita perlu menyediakan EBM. Demand menjadi lebih tinggi. Pengambilan supplement yang betul dan konsisten secara tidak langsung dapat membantu ibu-ibu.

Permata hati saya.

Jom Kita Ikuti Pengalaman Ibu Ini.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Menyusu Shaklee Yang Saya Amalkan

Set menyusu shaklee yang saya amalkan adalah:

Alfalfa Complex – Tumbuhan alfalfa mengandungi banyak nutrien dan vitamin penting seperti vitamin K, A, B-1, B-6, C, E, kalsium, zink dan besi. Khasiat ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Ibu menyusu memerlukan banyak vitamin dan mineral untuk kekal sihat dan bertenaga. Kelebihan badan yang sihat secara menyeluruh ini memberikan kesan yang positif terhadap penghasilan susu ibu.

Vitalea – Merupakan sumber 28 multivitamin dan mineral semulajadi. Sangat penting untuk membekalkan tenaga secukupnya kepada ibu menyusu. Ia membantu merapatkan jurang nutrisi yang kurang dalam tubuh ibu menyusu yang tidak di peroleh dari diet seharian.

Dapat mengelakkan ibu-ibu merasa letih lesu yang boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Esp Shaklee – Merupakan sumber protein yang berasaskan kacang soya yang tidak di ubah secara genetik (non-GMO soy). Protein sangat di perlukan dalam penghasilan susu ibu untuk memastikan tumbesaran bayi dalam keadaan yang baik. Ia juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru.

Protein adalah elemen penting dalam susu ibu. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengambil banyak protein untuk membantu tubuh kita membina dan mengekalkan bekalan susu.

Ostematrix – Pil kalsium yang di kombinasikan dengan magnesium bagi mengelakkan masalah sembelit kepada ibu menyusu. Kalsium sangat di perlukan oleh ibu menyusu kerana kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu mengalami masalah seperti sakit gigi, tidur yang kurang lena dan penat.

Ostematrix membantu ibu-ibu untuk mendapatkan tidur yang lena dan memberikan kecergasan kepada ibu untuk bangun awal pagi.

Testimonial Dari Pengguna Lain

 

Saya yakin dengan keberkesanan vitamin shaklee. Semoga tips saya dapat membantu ibu bekerja di luar sana yang sedang berusaha untuk susukan bayi anda sehingga 2 tahun berjaya. Ingin dapatkan set penyusuan shaklee, jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Click sini untuk mendaftar sebagai ahli shaklee untuk penjimatan berganda.

Disclaimer:

*Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

CommentLuv badge